Home » Langit Terbuka » Pengganas Muhammad Wanndy perlekeh PDRM

Pengganas Muhammad Wanndy perlekeh PDRM

Tolak dakwaan terima RM100,000 hasil derma jihad

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Angkuh dan biadab. Itu yang dapat disimpulkan mengenai kenya­taan terbaharu seorang pengganas Daesh rakyat Malaysia, Muhammad Wanndy Muhamad Jedi dalam entri terbaharunya di laman sosial Facebook.

Dalam entri terbarunya, lelaki berusia 26 tahun itu yang menggunakan Abu Hamzah Al Fateh seolah-olah menafikan menerima sejumlah wang daripada rakyat di negara ini yang menyokong perjuangan jihad­nya di negara bergolak, Syria.

Kenyataan itu dikeluarkannya sebagai mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris tempatan yang melaporkan dia te­lah menerima wang seba­nyak RM100,000, biarpun pihak polis melihat peranan Muhammad Wanndy hanyalah boneka di Syria.

“Kaya pokcik (pakcik) RM8000 sebulan… boleh pakai Hilux cash (tunai) la tahun ni,” katanya dalam entri itu, kelmarin.

Malah, lelaki yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan angkuhnya memperkecilkan keupayaan pasukan berkuasa dalam membuat risikan selepas gambarnya lengkap bersenjata di sebuah rumah dikatakan dirakam di Syria.

Sedangkan, katanya, gambar itu dirakam ketika dia berada di Ramadi, Iraq.

Pada masa sama dia turut menafikan bahawa Hassan Zakaria, 25, atau dikenali sebagai Abu Salim yang sebelum ini dilaporkan meletupkan dirinya ketika menghadiri maj­lis perkahwinan, masih lagi hidup.

“Sumber perisikan Malaysia memalukan… Bila masa utara Raqqah ada pasukan Bashar al Assad? Serangan udara di utara Raqqah semuanya daripada kolaborasi salib yang diketuai Amerika Syarikat.

“Bila masa pula Abu Salim pergi serang majlis kenduri kahwin. Memandai saja Hasan letupkan tali pinggang inghimasnya sedangkan beliau masih sihat walafiat di utara Raqqah,” katanya, semalam.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *