Home » Citra Yadim » Penyampaian watikah RSY IPG Kampus Raja Melewar

Penyampaian watikah RSY IPG Kampus Raja Melewar

SEREMBAN – Terus melebarkan jaringan dakwahnya, YADIM pada 14 Julai telah menyampaikan watikah lantikan kepada 24 orang Majlis Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Seremban.

Disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan dakwah ini, Ustaz Zamri Zainal Abidin, ia adalah sempena majlis Sambutan Aidiladha dan Awal Muharam institut berkenaan.

Seramai 400 pelajar kampus hadir ke majlis berkenaan yang turut diisi dengan ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Zamri.
Selain Maal Hijrah, Ustaz Zamri turut menyentuh mengenai peranan bakal guru kampus tersebut serta mengaitkannya dengan kisah penubuhan kerajaan Islam Madinah.
Turut ditekankan kepada para pelajar ialah hubung kait Malaysia Madani dengan sejarah awal Madinah yang menjadi dasar dan contoh kepada aspirasi berkenaan.
Tidak ketinggalan ialah ucapan tahniah atas lantikan sebagai pimpinan dan anggota RSY di kampus tersebut.
Hadir sama ke program ini ialah Pengarah IPGKRM, Encik Mohd Zaidi Ishak, Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khamis Mohamad Sani, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat dan Penolong Pengarahnya, Encik Nuuh Muhamad Idris.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *