Home » Citra Yadim » Penyelaras baharu YADIM untuk Selangor dan Negeri Sembilan

Penyelaras baharu YADIM untuk Selangor dan Negeri Sembilan

PROGRAM Program YADIM di Selangor dan Negeri Sembilan bakal diperhebatkan lagi selepas ini menerusi jalinan kerjasama bersama rakan strategik seperti jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, komuniti, tokoh masyarakat dan badan bukan kerajaan.

Badan dakwah ini telah melantik dua penyelaras yang baharu bagi kedua negeri tersebut. Kedua tenaga muda tersebut yang diharap membawa idea segar dakwah ialah Mohammad ‘Izzuddin Mohamad Ares untuk Selangor dan Mohd Khamis Mohamad Sani untuk Negeri Sembilan.

Perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bagi tujuan penyusunan dan penyelarasan gerak kerja telah diadakan bagi memastikan usaha melestari gerakan dakwah di kedua negeri berkenaan berjalan lancar.

Selamat bertugas untuk kedua penyelaras ini!

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *