Home » Citra Yadim » Petugas SJR Alor Gajah disantuni YADIM

Petugas SJR Alor Gajah disantuni YADIM

KUALA LINGGI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus komited hargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam memerangi Covid-19.

Badan dakwah ini pada 2 Oktober menyantuni seramai enam orang petugas barisan hadapan terdiri dua orang anggota polis, dua orang anggota tentera dan dua orang anggota RELA di Sekatan Jalan Raya KTJ Alor Gajah (Kuala Linggi).

Koperal Mohd Firdaus Ishak, mewakili petugas barisan hadapan menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, ayam segar, dan sayur-sayuran.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM
Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Hadir sama Pengarah Kanan Sektor Kewangan YADIM, Kamarul Redzuan Nali, Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim dan Pengerusi Sukarelawan Al-Basith, Mohd Khairul Nizam Khairudin.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *