Home » Langit Terbuka » PM ucap terima kasih kepada Arab Saudi

PM ucap terima kasih kepada Arab Saudi

Dr. Mahathir menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir di bangunan Perdana Putra - Sinar Harian

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas layanan baik yang diberikan kepada jemaah haji Malaysia.

“Secara umumnya kerajaan Arab Saudi adalah tuan rumah yang baik,’’ katanya kepada media di pejabatnya .

Terdahulu, Dr. Mahathir menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir di bangunan Perdana Putra.

Kedua-dua mereka menga­dakan perbincangan selama kira-kira 30 minit bersempena lawatan tiga hari Adel ke Malaysia bermula Rabu lalu.

Mengenai kuota jemaah haji, Dr. Mahathir turut menceritakan kepada Adel mengenai jumlah pencarum Tabung Haji yang ramai di negara ini.

“Saya tidak minta tambah kuota haji, tapi saya terangkan bahawa yang hendak pergi ramai tetapi kerana umurnya sudah le­bih mungkin mereka tidak dapat pergi,” katanya.

Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini adalah 30,200 orang.- Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *