Home » Citra Yadim » Program Bangkit Dengan Al-Kahfi 2.0 Dapat Sambutan Hebat

Program Bangkit Dengan Al-Kahfi 2.0 Dapat Sambutan Hebat

SHAH ALAM -Program Bangkit Dengan Al-Kahfi 2.0 anjuran Biro Beliawanis Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai dengan kerjasama Sistahood Community yang telah berlangsung pada 15 November di masjid berkenaan.

Lebih bermakna, program kali ini telah menghimpunkan hampir 300 orang wanita yang hadir untuk bersama-sama menghayati dan mendalami Surah Al-Kahfi. Satu sambutan yang cukup mengharukan dan menjadi bukti bahawa masih ramai wanita yang dahagakan ruang untuk menuntut ilmu, mendekati al-Quran dan memperbaiki diri.

Majlis dimulakan dengan alunan zikir dan selawat yang dipimpin oleh dua penceramah undangan, Ukhti Syafiza sebelum diteruskan dengan pengisian utama oleh Ustaz Syaari Ab Rahman.

Menerusi sesi tadabbur kali ini, Ustaz Syaari membawa para peserta menyelami kisah perjalanan Nabi Musa AS bersama Nabi Khidir AS seperti yang dirakamkan dalam Surah Al-Kahfi.

Kisah ini mengajar kita bahawa tidak semua perkara yang berlaku dalam kehidupan mampu kita fahami pada pandangan pertama. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu ketentuan, ada ilmu yang belum kita ketahui dan ada aturan Allah yang melangkaui keterbatasan akal manusia.

Semoga tadabbur ini bukan sekadar menambah ilmu, tetapi turut mengubah cara kita melihat kehidupan dan mendidik hati untuk lebih bersangka baik kepada Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan kerjasama serta penaja yang telah bersama-sama menjayakan program ini:

Program ini dijayakan dengan kerjasama YADIM, Tenaga Nasional Berhad, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bank Muamalat dan syarikat Juara Travel dan Wira Saujana.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *