Home » Langit Terbuka » Program Jom Bercuti Sekolah di Masjid

Program Jom Bercuti Sekolah di Masjid

PARA peserta yang mengikuti program Jom Bercuti Sekolah di Masjid bergambar di hadapan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini. FOTO : Utusan

 

LIPIS 11 Jan. – Masjid Sultan Mahmud Lipis di sini bertindak proaktif menganjurkan program Jom Bercuti Sekolah di Masjid dalam usaha mengimarahkan lagi institusi masjid.

Imam Besar Masjid Sultan Mahmud, Lipis, Azraei Ahmad Saballah berkata, seramai 154 peserta terdiri daripada remaja dan kanak-kanak berusia enam hingga 17 tahun menyertai program empat hari di masjid ber­kenaan baru-baru ini.

“Selain program keagamaan, pelbagai aktiviti seperti memanah yang merupakan sunah Rasulullah SAW dilaksanakan yang menarik minat peserta.

“Kegiatan ini dapat menyemarakkan syiar Islam dalam kala­ngan pelajar dan menerapkan nilai-nilai murni dari segi jasmani serta rohani untuk membentuk sahsiah pelajar muslim yang unggul,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Azraei Ahmad, aktiviti yang dlaksanakan di masjid berkenaan signifikan dalam usaha mengimarahkan lagi institusi masjid di negara ini.

Tambahnya, penglibatan go­longan muda merupakan pendekatan terbaik dalam menarik minat mereka mendekati masjid dan mengimarahkan lagi institusi berkenaan.

Sementara itu, seorang peserta, Nurul Firzanah Ahmad Fadzli, 10, berkata, aktiviti memanah yang diadakan dalam program itu memberi pengalaman baharu kepadanya.

“Saya berasa seronok sebab dapat belajar memanah dengan menggunakan alat memanah moden. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengajar saya dan rakan-rakan erti kesabaran, keyakinan serta menajamkan akal fikiran,” katanya.- UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *