Home » Citra Yadim » Musaadah dan Penyerahan Wakaf Al Quran Masjid Mukim Dabong.

Musaadah dan Penyerahan Wakaf Al Quran Masjid Mukim Dabong.

DABONG – Bersempena Jelajah ‘I Love Muhammad S.A.W ‘Train To Dabong’, YADIM Melaka bersama persatuan Muafakat Kolej Profesional Mara (KPMBM) telah mengadakan majlis ringkas penyerahan kit Musaadah dan Al Quran Wakaf.

Majlis dimulakan dengan kuliah Maghrib disampaikan oleh Pengerusi Sukarelawan YADIM Merlimau, Ustaz Mohd Fauzee Mohamed, yang juga Penolong Pegawai Agama Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan Tajuk ‘Untukmu Ya Rasullah’.

Penyerahan Kit Musaadah kepada 20 Asnaf yang layak telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong, Yang Berhormat Ku Mohd Zaki Ku Hussin, diiiringi oleh Yang Dipertua Persatuan Muafakat KPMBM, Tuan Haji Khairul Haniza Dato’ Ibrahim dan Penyelaras YADIM Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly.

Penyerahan Al Quran wakaf sebanyak 70 unit pula disempurnakan oleh YB Ku Mohd Zaki diiringi Pegawai Penerbitan YADIM, Muzafar Abd Rahim. Al Quran Wakaf ini akan diedarkan ke surau-surau di sekitar Dabong.

Majlis diakhiri dengan simbolik Program Jelajah ‘I Love Muhammad S.A.W’, iaitu penyerahan pelekat kenderaan kepada para hadirin.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *