Home » Citra Yadim » Program Santuni Gelandangan dan Muallaf YADIM Negeri Sembilan

Program Santuni Gelandangan dan Muallaf YADIM Negeri Sembilan

SEREMBAN – Bertempat di Masjid Jamek Seremban, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Santuni Gelandangan dan Muallaf pada 4 Disember.
Ia dianjurkan YADIM dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan Dapur Kauthar, Pertubuhan Perihatin Sejagat Negeri Sembilan, Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan serta Sukarelawan Al-Basith Negeri Sembilan.
Program yang akan menyantuni kira kira 100 gelandangan dan muallaf ini dijadualkan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Yang Berhormat Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Bakal hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Program akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Nasrudin sebelum Dr Zulkifli menyampaikan ucapan perasmian dan melancarkan kelas bimbingan YADIM.
Acara kemudiannnya diteruskan dengan penyampaian gerobok rezeki kepada asnaf serta edaran makanan dan alatan kebersihan kepada gelandangan.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *