Home » Citra Yadim » Program Street Rahmah & Bual Bicara:Peranan Orang Muda Dalam Pembangunan Negara

Program Street Rahmah & Bual Bicara:Peranan Orang Muda Dalam Pembangunan Negara

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu beserta Politeknik Kuala Terengganu telah mengadakan Program Street Rahmah & Bual Bicara : Peranan Orang Muda Dalam Pembangunan Negara pada hari ini (22 Ogos).

Program yang diadakan di Dewan Utama Tingkat 4, Yayasan Islam Terengganu bermula jam 8 pagi, mendapat sambutan sangat menggalakkan apabila disertai oleh kira kira 400 orang peserta.

Ia menampilkan dua orang ahli panel iaitu Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Prof. Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi Mamat, Pegawai Khas Perdana Menteri merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM dan Al- Fadhil Ustaz Abdul Halim bin Awang@Sulong, Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Perasmian program telah disempurnakan oleh pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyebut tentang perlunya golongan muda muda hari ini mempersiapkan diri untuk menempuh zaman moden revolusi industri 4.0 yang memfokus kepada penguasaan system serta data melalui aplikasi internet dan pengkomputeran.

Katanya lagi, orang muda juga perlu bersedia untuk melibatkan diri dalam bidang dakwah dengan memanfaatkan kepesatan teknologi canggih, bukan hanya terhad kepada dakwah menggunakan kaedah tradisional.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah Politeknik Kuala Terengganu, Yang Berusaha Dr. Mohd Daud Isa.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *