Home » Citra Yadim » Program Ziarah Kasih Madani ke rumah Pertubuhan Warga Emas Langkasuka (PEWARIS)

Program Ziarah Kasih Madani ke rumah Pertubuhan Warga Emas Langkasuka (PEWARIS)

YADIM Kedah dan Perlis pada 1 Mac telah menyertai program Ziarah Kasih Madani ke rumah Pertubuhan Warga Emas Langkasuka (PEWARIS) di sini.
Aktiviti dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Warga Emas Langkasuka, Ustaz Yusnaidi Ahmad sebelum disusuli dengan tazkirah ringkas, penyampaian sumbangan dan seterusnya sesi ramah mesra pada jam 11.00 pagi.
Menurut beliau, program ziarah ini memberi kesan yang mendalam di hati para peserta bahawa anugerah yang tidak ternilai adalah ibu bapa. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dan mendapat sokongan dari semua pihak.
Turut bersama Setiausaha Majlis Dakwah Negara cawangan Kedah, Haji Fuad Ashaari, Setiausaha Pertubuhan Warga Emas Langkasuka, Haji Azmi Md. Napiah dan Sekretariat Ekonomi Gerak Amal Kebajikan (SEGAK).

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *