Home » Langit Terbuka » RM174,000 disalurkan kepada masjid, mangsa di Christchurch

RM174,000 disalurkan kepada masjid, mangsa di Christchurch

Sumbangan untuk mangsa tembakan Christchurch dikumpul daripada pelbagai agensi di antaranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Taqwa, Bank Islam Malaysia Berhad dan Lembaga Tabung Haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Malay Mail

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM174,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan kepada dua buah masjid dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, sumbangan berjaya dikumpul daripada pelbagai agensi di bawah jabatan berkenaan antaranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Yayasan Taqwa, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Jelas beliau, Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. turut membantu dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM90,000.

“Kita semua sedia maklum rakyat Malaysia prihatin dengan kejadian yang berlaku di sana, justeru beberapa agensi dan pihak telah mengumpul dana dalam masa singkat untuk disampaikan kepada mangsa dan masjid terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *