Home » Langit Terbuka » Takziah buat keluarga Muhammad Haziq

Takziah buat keluarga Muhammad Haziq

Jenazah Muhammad Haziq selamat dikebumikan jam 12 tengah hari tadi (21 Mac 2019) waktu Malaysia (5 petang waktu New Zealand).

PUTRAJAYA – Seluruh warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berduka cita dan mengucapkan takziah  kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam tragedi tembakan rambang di Christchurch, Jumaat lepas.

Didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang orang beriman dan diberikan kekuatan buat keluarganya menghadapi ujian ini.

Kementerian Luar awal pagi ini mengesahkan bahawa Muhammad Haziq, 17, terbunuh manakala bapa Muhammad Haziq, Mohd Tarmizi Shuib juga cedera dalam serangan itu dan menerima rawatan.

Muhammad Haziq merupakan anak kedua Mohd. Tarmizi. Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.

Difahamkan jenazah Muhammad Haziq selamat dikebumikan jam 12 tengah hari tadi (21 Mac 2019) waktu Malaysia (5 petang waktu New Zealand).

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *