Home » Citra Yadim » SAR santuni warga emas di Kebun Baharu

SAR santuni warga emas di Kebun Baharu

Anggota SAR Kuala Langat ketika melakukan kerja pembersihan di kediaman En Angsor. - Foto SAR Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Skuad Al Rahmah (SAR) Kuala Langat terus giat menjalankan Program Khidmat Baktinya bersama masyarakat, dengan menyantuni sepasang warga emas di sini pada 17 Mac lalu.

Seawal pagi, mereka telah berkunjung ke kediaman En Angsor bin Daroso di Jalan Pipit, Batu 9 Kebun Baharu di sini bagi melaksanakan kerja kerja kemasyarakatan mereka.

Pasukan yang diketuai oleh En Hasmawi Mahidin itu telah melakukan kerja pembersihan di sekitar kediaman warga emas berkenaan, selain mengecat bahagian luar rumah tersebut.

Turut dilaksanakan ialah pembersihan di dalam dan luar rumah selain meracun rumput di sekitar kediaman.

Menurut Hasmawi, kediaman Angsor yang juga dikenali sebagai Taifur di kalangan penduduk kampung, dipilih kerana warga emas itu mengalami masalah kesihatan, mengakibatkan terpaksa bergerak menggunakan tongkat untuk ke mana mana.

Isterinya pula, Minah Kuchet, terlantar akibat sakit tua, justeru memang bertepatan pasangan yang hanya tinggal berdua ini disantuni, jelas Hasmawi.

SAR Kuala Langat turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Angsor bertujuan meringankan bebanannya.

Pasukan ini merupakan antara SAR di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang paling aktif kegiatannya, sejak ditubuhkan pada Disember 2018.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *