Home » Langit Terbuka » Sambutan Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan

Sambutan Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan

Ibadah korban dibenar untuk sambutan Aidiladha ini, namun tertakluk kepada SOP. - Foto Oh Media

PUTRAJAYA – Berita baik kepada umat Islam kerana kerajaan membenarkan sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam.

“Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perutusan khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan rangkaian media sosial pada 7 Jun. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *