Home » Citra Yadim » SAY Indera Mahkota santuni warga Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh

SAY Indera Mahkota santuni warga Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh

KUANTAN – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih diteruskan menyebabkan ramai pihak semakin memerlukan perhatian.

Di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah menggerakkan ahli Sukarelawan YADIM (SAY) ke seluruh negeri untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan.

Terbaharu pada 27 Jun, SAY Indera Mahkota telah menyantuni 10 keluarga yang terkesan dengan PKP di Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh di sini.

Mereka menerima pek makanan berisi beras, bihun, sardin, minyak masak, tepung, gula, kordial, teh, kicap, sos cili dan biskut.

Program ini juga pada masa yang sama bertujuan mendedahkan dan mendekatkan lagi badan dakwah ini kepada masyarakat terutamanya di negeri ini.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *