Home » Citra Yadim » SAY Sabak Bernam menyantuni orang yang memerlukan

SAY Sabak Bernam menyantuni orang yang memerlukan

KEPRIHATINAN Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam sekali lagi mengundang sebuah syarikat swasta di daerah tersebut untuk menjalin kerjasama dalam melestari gerakan dakwah menerusi kebajikan.
Pada 28 Januari, Syarikat Bakriana Enterprise dan SAY Sabak Bernam berganding menyantuni dua insan yang kurang bernasib baik di daerah tersebut menerusi sumbangan barangan dapur.
Terharu dengan kisah seorang nelayan yang tidak dapat ke laut kerana kemalangan, SAY dan Syarikat Bakriana Enterprise menyumbang Susu Optimaxe dan barangan dapur kepada keluarga Encik Muhammad Adib Afnan Ismaoun.
Baru-baru ini Encik Muhammad Adib Afnan ditimpa kemalangan menyebabkan beliau cedera teruk terutama di rahangnya hingga sukar untuk makan. Beliau menyara isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.
Kunjungan kedua pula ialah kepada Puan Rosiah Abdul Rahman, seorang warga emas yang juga ibu tunggal yang uzur.
Wanita ini juga disantuni dengan sumbangan barangan dapur untuk meringankan beban yang ditanggungnya.
SAY Sabak Bernam berhasrat mengadakan lebih banyak program seperti ini dan menyeru serta mengalu-alukan masyarakat untuk bekerjasama dengan mereka.
Bakriana Enterprise merupakan sebuah syarikat berkaitan pertanian, penternakan dan makanan yang aktif di Sabak Bernam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *