Home » Langit Terbuka » Scam poligami: Dr Zulkifli mahu siasatan dalaman dilakukan

Scam poligami: Dr Zulkifli mahu siasatan dalaman dilakukan

Pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat warganya yang tidak amanah dan terlibat dalam isu scam poligami, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

SHAH ALAM – Satu siasatan dalaman akan dilakukan bagi menyiasat tentang kewujudan sindiket poligami dipercayai didalangi orang dalam di institusi kehakiman syariah negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jika terdapat sebarang aduan penipuan melibatkan kakitangan mahkamah, maka tindakan tegas akan diambil berdasarkan peraturan-peraturan sedia ada penjawat awam

“Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Negeri-Negeri sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan warganya yang tidak amanah dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diberikan.

“Sebagai sebuah agensi di bawah tanggungjawab saya, JKSM selaku agensi penyelaras Mahkamah Syariah di negara ini akan bekerjasama rapat dengan pihak Mahkamah Syariah Negeri-Negeri, Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mengekang gejala tipuan poligami ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung sindiket tersebut yang dikesan menyediakan jalan pintas kepada lelaki yang ingin berkahwin lebih daripada satu tanpa pengetahuan isteri pertama.

Kegiatan yang digelar ‘scam poligami’ membabitkan penipuan maklumat dalam dokumen permohonan poligami itu dikhuatiri boleh menjejaskan institusi kehakiman syariah di Malaysia jika dibiarkan terus berleluasa.

Mengulas lanjut berhubung perkara tersebut, Zulkifli berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak JKSM, mereka tidak menolak kemungkinan berlakunya penipuan tersebut.

Jelas beliau, ia dilakukan sama ada oleh pemohon sendiri atau oleh ejen luar yang menawarkan khidmat pernikahan sindiket atau oleh Peguam Syarie atau oleh kakitangan mahkamah sendiri. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *