Home » Citra Yadim » Semarak Dakwah YADIM di Indera Mahkota

Semarak Dakwah YADIM di Indera Mahkota

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 28 November telah mengadakan beberapa program di parlimen ini.
Acara acara yang berlangsung ini merupakan siri kedua daripada 14 program Semarak Dakwah Peringkat Negeri Pahang.
Program bermula dengan dengan kuliah subuh di Masjid As-Syakirin Damansara, Kuantan oleh Ustaz Zainal Abidin Mohamad selaku Koordinator Sukarelawan YADIM Kawasan Indera Mahkota.
Ia kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 50 orang asnaf di Balai Nelayan Pantai Beserah di sini. Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Yang Berhormat, Andansura Rabu.
Seterusnya, aktiviti ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada 3 keluarga asnaf yang uzur diadakan di sekitar perkampungan di Beserah.
Program ini diadakan dengan kerjasama NGO Yayasan Amal Pahang yang disertai oleh pengerusinya Johari Abdul Wahid.
Turut diadakan ialah penyerahan watikah seramai 10 orang ahli Sukarelawan YADIM.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *