Home » Citra Yadim » Seminar Kenegaraan Madani Belia Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan

Seminar Kenegaraan Madani Belia Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan

SEMINAR Kenegaraan Madani Belia Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Peringkat Negeri Selangor melibatkan empat buah Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara pada 28 Februari telah dihadiri seramai 200 penuntut institut-institut berkenaan.
Dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, program di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang ini bertujuan menajamkan lagi kefahaman Aspirasi Malaysia Madani dalam kalangan belia.
Program bermula dengan Slot Motivasi Kenegaraan Madani: ‘Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan dan Jaminan Hak Agama-Agama Lain’ oleh Du’at Al-Falah dan Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Ustaz Muhamad Yusro Borhan Nordin.
Manakala, slot kedua iaitu Bicara Madani: ’Perpaduan dan Adab Perbezaan Pandangan Asas Keharmonian Negara Bangsa’ telah disampaikan juga oleh seorang Du’at Al-Falah dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadah Tabung Haji, Dr. Shamsiah Mohamad.
Dalam perasmian penutupan seminar, ucaptama telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin yang menekankan tentang ’Peranan Belia Dalam Penghayatan Teras Malaysia Madani’. Terdahulu, ucapan aluan disampaikan oleh Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosnoizam Abd Majid.
Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof dan Penolong Pegawai Latihan Kanan (Hal Ehwal Pelajar) Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Encik Khairul Anwar Kamarudin.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *