Home » Langit Terbuka » Sijil halal: Jakim siasat aduan salah laku

Sijil halal: Jakim siasat aduan salah laku

Sesiapa saja boleh datang memberi maklumat dan akan diindungi identiti ‘whistle blower’ itu kerana kerajaan amat ambil berat integriti Jakim, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung isu integriti kakitangan badan itu. - Foto TheMalaysianTimes

KUANTAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengambil berat dakwaan berlakunya salah laku oleh pegawainya dalam proses pemberian pensijilan halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, permintaannya sebelum ini supaya pihak yang membuat dakwaan berkenaan supaya menyertakan bukti tidak bermakna tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan perkara itu.

“Sesiapa saja boleh datang memberi maklumat dan kita akan melindungi identiti ‘whistle blower’ itu kerana kita amat ambil berat integriti Jakim,” katanya kepada kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Rahmah 3R, di sini hari ini (26 Oktober).

Beliau mengulas artikel terbaharu oleh oleh Murray Hunter di laman web Asia Sentinel, bertajuk ‘Jakim’s Halal Crisis Deepens’ yang menurutnya mendakwa Jakim tidak bersungguh-sungguh menyiasat salah laku itu dan pemberi maklumat (whistle blower) tidak berani untuk memberi maklumat berkaitan perkara berkenaan.

Pada 13 Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuantan itu dilaporkan mengingatkan pihak yang membuat dakwaan itu segera mengemukakan bukti kepada Jakim yang telah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.

Beliau turut mempersoalkan integriti laman web yang menerbitkan artikel itu kerana menurutnya, pejabat Asia Sentinel di Kanada dan Hong Kong telah ditutup. – Bernama

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *