Home » Citra Yadim » Simpulan Kasih Orang Asli Langkap Dangi

Simpulan Kasih Orang Asli Langkap Dangi

JOHOL – Bertempat di Kampung Langkap Dangi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan berkampung selama tiga hari di sini bermula 8 September lalu menerusi program Simpulan Kasih Orang Asli.

Program ini yang bertujuan mendekati penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan, merupakan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, YADIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Antara pengisian program termasuklah sukaneka, majlis gotong royong, pertandingan mewarna, pertandingan memasak serta kuliah maghrib dan sebagainya.

Setiap aktiviti yang dirancang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk kampung ini.

Menariknya, penduduk kampung khususnya kanak kanak turut diberikan pendedahan mengenai kemahiran menulis tulisan Jawi oleh kakitangan YADIM yang hadir.

Meskipun sekadar diajar menulis nama mereka dalam tulisan Jawi, kanak kanak masyarakat Orang Asli Langkap Dangi amat teruja kerana amat jarang sekali mereka diberi kesempatan ini.

Bagi kaum ibu pula, pengajaran mengenai kemahiran menulis Jawi diselitkan dalam pertandingan memasak apabila setiap nama kumpulan yang mengambil sempena kemuliaan anak baginda Nabi Muhammad SAW dan Isteri Nabi Isa AS, ditulis dalam tulisan Jawi.

Secara keseluruhan, program ini dilihat berjaya mencapai matlamatnya untuk mendekati masyarakat Orang Asli di sini yang majoritinya bukan beragama Islam, dan berdakwah kepada mereka menerusi pendekatan bukan tradisional.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *