Home » Citra Yadim » Sumbangan Bakul Makanan Kepada Pemandu Ambulan

Sumbangan Bakul Makanan Kepada Pemandu Ambulan

KOTA KINABALU – Usaha menyantuni golongan petugas barisan hadapan di negeri ini diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah.

Kali ini pada 23 November, sebanyak 50 penerima, yang terdiri daripada pemandu dan kakitangan pengurusan unit pemandu Hospital Queen Elizabeth di sini menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Mereka menerima barangan keperluan harian seperti beras, telur dan air mineral untuk meringankan beban mereka.

Turut hadir ke majlis ringkas ini ialah Ketua Penolong Pengarah Pengurusan QEH Adrian Allan,  serta Dr Syah mewakili  Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah.

Ini merupakan kali kedua YADIM Sabah menyantuni komuniti petugas kesihatan di sini sebagai sebahagian usaha menangani Covid-19.

Sebelum ini sumbangan berbentuk peralatan elektrik, perabot dan PPE disumbangkan kepada tujuh hospital dan pusat kesihatan terpilih di negeri ini oleh YADIM Sabah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *