Home » Citra Yadim » Sumbangan mangsa pasca banjir Mersing

Sumbangan mangsa pasca banjir Mersing

ENDAU – Meskipun banjir semakin reda, namun mangsa bencana alam itu tetap memerlukan perhatian dan pembelaan pihak beranggungjawab.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 30 Disember telah menyampaikan sumbangan barangan dapur untuk meringankan beban mangsa pasca banjir bagi kawasan di sekitar Mersing.

Seramai 50 keluarga asnaf dari Kampung Sungai Padang, Kampung Semanyir, Kampung Belukar Juling, Kampung Bukit Rompin dan Kampung Air Tawar menerima bantuan berkenaan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah.

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung (MPKK) Teriang, merangkap Ketua MPKK Endau, Ustaz Azam Razak.

Program ini diadakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan MersingCare yang bekerjasama dengan MPKK Kampung Sungai Padang sebagai pemudahcara program.

YADIM Johor merancang untuk mengadakan beberapa lagi siri bantuan pasca banjir selepas ini. Antara kawasan yang telah dikenalpasti ialah Kluang dan Segamat.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *