Home » Citra Yadim » Sumbangan Pek Makanan Siap Dimasak Grup Mengaji SAY Sungai Besar

Sumbangan Pek Makanan Siap Dimasak Grup Mengaji SAY Sungai Besar

SUNGAI BESAR – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Besar turut tidak ketinggalan menyantuni golongan yang memerlukan di Parlimen berkenaan.

Pada 16 Julai, sebanyak 16 keluarga disantuni oleh mereka menerusi pemberian makanan siap di masak.

Mereka yang disantuni merupakan keluarga anak yatim, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya dan lain lain yang memerlukan.

Sebuah keluarga yang sedang menjalani kuarantin akibat Covid-19 juga menerima sumbangan makanan siap dimasak.

Inisiatif bermula jam 11 hingga 2 petang ini ialah hasil usaha Grup Mengaji SAY Sungai Besar diketuai Noraini Jaafar.

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *