Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk peniaga Pengusaha Bas Sekolah Peniaga Pekan Nat Negeri Perlis

Sumbangan untuk peniaga Pengusaha Bas Sekolah Peniaga Pekan Nat Negeri Perlis

CHUPING – Selesai menyantuni nelayan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertemu pula dengan para pengusaha bas sekolah di negeri ini pada 27 Februari.

Prihatin dengan nasib mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19, YADIM menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada mereka. Sebanyak 20 set barangan keperluan harian diserahkan kepada mereka dalam satu majlis ringkas di sini.

Hadir menyerahkan sumbangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Turut sama ke program ini yang diadakan di Dewan Kampung Changas di sini ialah Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Husain dan Pengasas Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan, Mohd Chan Abdullah.

Delegasi YADIM kemudiannya bertemu pula dengan peniaga Pekat Nat bagi menyantuni mereka pula. Sebanyak 20 set barangan keperluan harian diserahkan kepada peniaga yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Hadir sama ke majlis bersama peniaga pekan Nat ini ialah Exco hal Ehwal Islam, Kebajikan, Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan Negeri, Yang Berhormat Ruzaini Rais.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *