Home » Citra Yadim » Musaadah YADIM Melaka di Jasin

Musaadah YADIM Melaka di Jasin

JASIN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka turut tidak ketinggalan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan di negeri ini.

Bertempat di daerah ini pada 27 Februari, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka, Sukarelawan YADIM dan Jawatankuasa Penduduk Kampung Rim, Kampung Bemban, Kampung Terentang dan Kampung Chohong di sini , seramai 100 keluarga dari kalangan B40, Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik telah disantuni.

Majlis simbolik penyerahan dan penerimaan sumbangan kit Musaadah YADIM telah diadakan di Pejabat Agama Daerah Jasin, disempurnakan oleh Ustaz Huzailan Hamzah, Qadi Daerah Jasin.

Seterusnya diadakan aktiviti ziarah rumah ke rumah asnaf dan penyerahan sumbangan bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Yang Berhormat Datuk Wira Haji Ghazale Muhammad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Rim.

Hadir sama ke program ini ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Ustaz Huzailan Hamzah, Pegawai Agama Daerah Jasin, Haji Abdul Manaf, serta, Penyelaras YADIM Melaka Muzafar Abd Rahim.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *