Home » Langit Terbuka » Suri rumah dipenjara 8 bulan hina Agong

Suri rumah dipenjara 8 bulan hina Agong

SHAMSIAH Samsuddin dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, April tahun lalu. - Foto Berita Harian

KOTA BHARU: Seorang suri rumah dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, April tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Shamsiah Samsuddin, 44, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, suri rumah itu didakwa melalui Facebook Tengku Cik Puan Muda Shamsiah, menghantar komunikasi palsu dengan niat menyakitkan hati orang lain, pada jam 5.31 petang 25 April 2017.

Kenyataan itu didakwa dibaca pada 26 April 2017 di Pejabat Sentosa Jaya, Jalan Padang Bongor, Pengkalan Chepa di sini, jam 2.11 petang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi kesalahan berulang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan anaknya masih bersekolah.

Bagaimanapun, Hajarul Falenna meminta hukuman setimpal dikenakan memandangkan orang dinyatakan dalam Facebook terbabit adalah Yang di-Pertuan Agong. -BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *