10 keluarga terima sumbangan YADIM di Kampung Surau Haji Daud

KUALA TERENGGANU – Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ke 9 Jun menyebabkan ramai kalangan asnaf di Kampung Surau Haji Daud di sini memerlukan perhatian untuk membantu keadaan mereka. Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 13 Mei telah turun padang bagi menyampaikan sedikit sumbangan untuk 10 buah keluarga yang memerlukan di sini. […]

100 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 di Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ke 9 Jun ini menyebabkan ramai yang menerima kesannya, terutamanya golongan asnaf B40. Cakna dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu bagi menyantuni mereka yang memerlukan di daerah ini pada 11 Mei. YADIM Terengganu telah […]

Lebih 700 asnaf dan anak yatim disantuni sempena Ramadan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini  (7 Mei) menyantuni lebih 700 anak yatim dan asnaf dengan mengagihkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini. Beliau berkata bantuan berjumlah lebih RM200,000 merupakan sumbangan termasuk daripada […]

465 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor Siri Dua

JOHOR BAHRU – Seramai 465 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM Siri 2 pada 3-5 Mei. Ini menjadikan jumlah penerima manfaat program Musa’adah Covid-19 YADIM Johor, sejak dimulakan pada 20 April lalu seramai 815 keluarga. Siri kedua program kali ini, diadakan dengan kerjasama badan – badan […]

Musa’adah Covid 19 sekitar Tumpat

TUMPAT – Bagi meneruskan usaha menyantuni rakyat yang terkesan dengan musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 April telah turun padang menyampaikan bantuan ke jajahan ini. Seramai 80 keluarga dari tiga kawasan iaitu Kampung Genting, Kampung Kubang Batang dan kariah Masjid Putra, Pasir Pekan menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada YADIM […]

Musa’adah Covid-19 di Ketereh

KETEREH – Selepas menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia dan warga Kota Bharu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan melaksanakan gerak kerja Musa’adah Covid-19nya di daerah ini pula pada 28 April. Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kussuma Mamat bersama Penghulu Mukim Dewan, Mohd Nor Mustapha memulakan program di Kampung Dewan di sini dengan penyampaian bantuan kepada […]

30 keluarga di Padang Serai terima manfaat Musa’adah Covid-19

PADANG TOK DIK – Selepas Kulim, program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diadakan pula di Parlimen Padang Serai pada 27 April. Bermula di Masjid Abdul Halim Muadzam Shah di sini, sebanyak 30 set sumbangan diagihkan kepada golongan asnaf, muallaf dan warga emas yang uzur di daerah ini. Sumbangan yang diberikan merupakan beras […]

Covid-19 : 150 asnaf sekitar Kota Bharu disantuni

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah lebih sebulan dikuat kuasakan akibat penularan Covid-19 nyata memberi kesan mendalam, terutamanya kepada asnaf di sekitar bandar ini. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tampil menghulurkan sedikit bantuan menerusi program Musa’adah Covid 19 pada 22 April. Sejumlah 150 penerima mendapat manfaat dalam program […]

350 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 350 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM pada 20 April. Program yang diadakan dengan kerjasama badan – badan bukan kerajaan (NGO) itu diadakan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 di bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai, khususnya dari kalangan […]

LZS agih bantuan khas Covid-19

SHAH ALAM –  khas Covid-19 Lembaga Zakat Selangor (LZS) dikreditkan terus ke akaun bank penerima secara berfasa bermula 27 Mac lalu dan pembayaran keseluruhan dijangka selesai, 3 April ini. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, pembayaran itu membabitkan penyaluran agihan zakat sebanyak RM14 juta dan memberi manfaat kepada 29,000 penerima yang layak. Katanya, […]