Ziarah Kasih SAR Kapar

RANTAU PANJANG – Selain Port Dickson, Kuala Langat dan Kuchai Lama, Program Ziarah Kasih menjelang Syawal juga dilakukan oleh Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) di sini. Bermula 16, 17 dan 22 Mei, SAR Kapar telah menyantuni sebanyak 12 keluarga yang memerlukan di Kampung Rantau Panjang. Setiap keluarga menerima barangan dapur dan sedikit wang tunai. Ketua […]

Ziarah Sinar Syawal untuk mangsa ribut

KEBUN BHARU – Pada 1 Ramadhan lalu, ketika umat Islam sedang melakukan persiapan untuk berbuka puasa, satu kejadian ribut telah menimpa penduduk di kampung ini. Kejadian tersebut mengakibatkan pelbagai kerosakan berlaku ke atas kediaman dan beberapa premis perniagaan di kampung ini. Ia akhirnya mengakibatkan kerugian besar dan memberi kesan kepada penduduk, lebih lebih lagi ketika […]

Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid19 YADIM di SMK Seri Sentosa

KUCHAI LAMA – Program Ziarah Sinar Syawal Musaádah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa di sini dengan menyantuni keluarga asnaf di sekitar kawasan ini. Seramai 50 penerima disantuni YADIM dalam satu majlis ringkas di sini pada 21 Mei yang turut dihadiri oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran, Lok […]

Asnaf Kok Lanas disantuni YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Selepas kali terakhir program menyantuni asnaf di Tanah Merah sebelum ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan berkunjung ke Kok Lanas di sini bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan Covid-19 di sini pada 20 Mei. Sebanyak 60 set sumbangan yang merupakan barangan keperluan harian disampaikan kepada asnaf yang dikenal pasti memerlukan dalam […]

Ziarah Sinar Syawal : Musa’adah Covid – 19 di Port Dickson

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama beberapa lagi badan akan bekerjasama menjayakan program Ziarah Sinar Syawal: Musa’adah Covid-19 di Port Dickson pada 20 Mei ini. Program ini mempunyai objektif untk menyantuni golongan sasaran yang dikenalpasti terjejas akibat musibah Covid-19, dengan menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu mereka menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Badan dakwah […]

Bekas peserta TOM bantu Musa’adah Covid-19 di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu masih diteruskan dan terkini, Marang dan daerah ini menjadi lokasi terbaharu. Program di Kuala Terengganu diadakan pada 15 dan 17 Mei meliputi kawasan seperti Kampung Losong, Flat Ladang Gemilang, Kuala Ibai, Kampung Tok Kaya, Kampung Kuala Bekah, Kampung Batu Buruk, Kampung Pasir Panjang, […]

Covid-19: 50 set sumbangan untuk Kuala Kedah

KUALA KEDAH – Selepas di Sintok semalam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (16 Mei) melaksanakan program Musa’adah Covid-19 di daerah ini pula. Program dimulakan di Masjid Kuala Kedah di sini dengan sebanyak 20 set sumbangan diserahkan kepada yang dikenalpasti memerlukan. Mereka terdiri daripada asnaf, pesakit kronik serta penduduk berpendapatan harian yang terjejas dengan […]

Program Ziarah Kasih/Sumbangan SAR Kuala Langat

KEBUN BHARU – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 16 Mei sekali lagi menyantuni golongan yang memerlukan di kawasan ini. Sejumlah 13 keluarga menerima sumbangan wang tunai dan barangan daripada pasukan SAR Kuala Langat dalam program mereka hari ini. Setiausaha SAR Selangor, Hanizah Sumiri yang mengetuai inisiatif ini berkata, seorang penduduk telah bermurah […]

Musa’adah Covid-19 di Setiu

SETIU – Daerah ini menjadi lokasi terkini pelaksanaan program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Bermula di Masjid Kampung Jabi di sini, program pada 14 Mei itu menyantuni 100 keluarga dengan pemberian pek sumbangan barangan keperluan harian. Selesai acara di Masjid Kampung Jabi, kakitangan YADIM Terengganu kemudiannya mengagihkan pula pek sumbangan kepada asnaf […]

Sumbangan Musa’adah di Tanjung Dawai, Baling

TANJUNG DAWAI – Hari kedua (14 Mei) fasa kedua Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menyaksikan program berkenaan menyantuni komuniti nelayan di kawasan ini. Sebanyak 20 pek sumbangan diserahkan kepada golongan asnaf di kawasan ini yang telah dikenal pasti, dari dua perkampungan iaitu Kampung Huma dan Kampung Sungai Pial. Kesemua yang disantuni menerima […]