Kerajaan teliti kontrak sewa jangka panjang hotel jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti cadangan memperbaharui kontrak sewaan hotel di Arab Saudi bagi jemaah haji kepada kontrak sewaan jangka panjang yang lebih baik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata ia perlu diteliti dan dibincangkan dengan pihak Arab Saudi bagi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengimbangi kadar sewaan yang meningkat setiap […]

Visa haji, umrah lulus dalam beberapa minit sahaja

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk memperluaskan penggunaan visa elektronik kepada jemaah haji dan umrah luar negara serta mempercepatkan proses pengeluarannya tanpa perlu mendapatkannya di pejabat kedutaan. Portal Arab News melaporkan, visa elektronik tersebut akan dikeluarkan dalam beberapa minit sahaja kepada syarikat yang menggunakan pakej haji dan umrah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. […]

Pemeriksaan pasport jemaah haji Malaysia dilaksana lebih awal

KUALA LUMPUR – Jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, tidak perlu lagi menunggu lama untuk pemeriksaan pasport di Arab Saudi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Zukri Samat. Beliau berkata, sistem prapelepasan yang dijadikan projek perintis pada tahun lepas, akan dilaksanakan sepenuhnya pada musim haji tahun ini. Katanya, melalui […]

Wan Azizah akan temui Mujahid bincang isu subsidi jemaah haji

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan mendapatkan perincian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bagi membincangkan isu subsidi jemaah rayuan dan jemaah pengiring mahram haji. Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diteliti setelah beliau mendapat penjelasan daripada menteri berkenaan. “Itulah, saya nak […]

Subsidi Haji kekal

KUALA LUMPUR -Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi haji lebih RM12,000 bagi setiap jemaah walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos bagi tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mujahid Yusof berkata, pengekalan subsidi tersebut  tidak akan menggangu proses pemulihan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)  dan proses agihan hibah pada tahun ini yang dijangka […]

Tiada lagi kuota haji untuk menteri dan Ahli Parlimen

KUANTAN – Kerajaan memutuskan tidak lagi memberi kuota haji khas kepada menteri dan Ahli Parlimen bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat menunaikan ibadah itu pada masa akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh, berkata menjadi amalan kerajaan terdahulu untuk memberikan kuota haji ini kepada ahli politik sehingga mengakibatkan ada […]

Kouta haji 2019 kekal 30,200 orang

SEPANG – Kouta haji untuk musim tahun depan kekal sebanyak 30,200 jemaah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan, namun pihaknya telah mengemukakan permohonan agar kouta haji itu ditambah memandangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia kini meningkat sebanyak 31 juta. “Perkara itu saya maklumkan dalam kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi […]

Kos menunaikan Haji tahun hadapan kekal

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengumumkan kos menunaikan haji tahun hadapan kekal. Menurutnya, TH memutuskan bahawa kos untuk menunaikan haji kekal ditanggung sama seperti mana sebelumnya iaitu RM9, 980. Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini. Pada masa yang sama beliau memberi jaminan […]

Bakal haji harus sedia berdepan bencana

SEPANG – Pengendali kursus Ibadat Haji disaran supaya memberikan penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji semasa berada di Tanah Suci dalam kursus-kursus kendalian mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata gambaran sebenar termasuk kemungkinan bencana perlu diterangkan supaya bakal-bakal haji dan keluarga bersedia dengan […]