Malaysia bersedia jalin kerjasama tingkatkan industri halal

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menjalin kerjasama dengan negara luar, terutama ASEAN, bagi meningkatkan industri halal, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, saranan itu bukan hanya meliputi produk makanan halal tetapi juga perlu diperluaskan kepada produk halal lain seperti perubatan dan sumber utama berkaitan. “Sebagai Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Malaysia menyeru […]

Persidangan Halal Sedunia 2020 anjuran HDC diteruskan secara hybrid

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)  akan meneruskan Persidangan Halal Sedunia 2020 yang ke-12 (WHC2020) secara hibrid iaitu kombinasi maya dan fizikal pada 6 Okt, 2020 berikutan penularan wabak pandemik Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari berkata, persidangan yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka dilancarkan […]

Industri halal berpotensi besar diperkasa

KUALA LUMPUR – Industri halal kekal mempunyai potensi yang besar untuk diperkasakan dengan strategi terancang dan inklusif, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, eksport halal pada tahun lalu bernilai RM40.2 bilion atau 4.1 peratus bagi keseluruhan eksport negara yang berjumlah RM986.4 bilion. “Ini bermakna potensi industri halal […]

Industri halal kekal berdaya tahan walaupun hadapi tempoh mencabar – HDC

KUALA LUMPUR – Industri Halal terus menunjukkan daya tahan berdasarkan asasnya yang kukuh dalam persekitaran harga minyak mentah semasa yang turun naik dan krisis COVID-19, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC). Ketua Pegawai Eksekutifnya Hairol Ariffein Sahari berkata HDC menyasarkan untuk terus menambah bahagian pasaran Malaysia melalui program strategiknya di tengah-tengah cabaran ini. “Kami melihat […]

IHAB perkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju halal

KUALA LUMPUR – Penubuhan International Halal Authority Board (IHAB) mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju halal global melalui pelaksanaan pengiktirafan pihak berkuasa dan badan pensijilan halal di luar negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh berkata, badan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menjaga kepentingan umat […]

Jadikan kewangan Islam sebahagian ekosistem halal

PUTRAJAYA – Tindakan perlu diambil untuk menjadikan kewangan Islam sebahagian daripada ekosistem halal, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebagai contoh, beliau berkata, satu kajian dijalankan oleh Halal Focus pada 2011 melaporkan tiada hubungan secara langsung antara industri halal dan kewangan Islam yang menyebabkan kedua-dua industri berkembang pada momentum berbeza […]

Mujahid dedah ada pihak menyamar jadi perunding sijil halal

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendedahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar menjadi perunding bagi mendapatkan sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Beliau menegaskan, pihaknya tidak melantik mana-mana menjadi perunding bagi mendapatkan sijil halal. Menurutnya, kegiatan pihak tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila pengadu membuat susulan kepada […]

Jakim iktiraf sijil halal Ukraine

KUALA LUMPUR – Pensijilan halal Ukraine yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) amat bermakna kepada kira-kira dua juta umat Islam di Ukraine, kata Timbalan Menteri Luar, Sergiy Kyslytsya. Kyslytsya berkata, LLC Certification Centre ‘Halal’ yang beribu pejabat di Kyiv itu merupakan Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang mendapat pengiktirafan pada awal tahun ini, […]

Empat syarikat diberi tanggungjawab pasar produk halal pada Sukan Olimpik Jepun

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan telah mengenalpasti empat syarikat yang akan diberi tangggungjawab menjadi ‘anchor’ bagi memasarkan pelbagai produk halal dari negara ini pada temasya sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo tahun hadapan. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pihak kementerian sedang membantu syarikat swasta dan korporat tempatan itu memenuhi kehendak Majlis Olimpik Jepun […]

Sijil halal: Jakim siasat aduan salah laku

KUANTAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengambil berat dakwaan berlakunya salah laku oleh pegawainya dalam proses pemberian pensijilan halal. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, permintaannya sebelum ini supaya pihak yang membuat dakwaan berkenaan supaya menyertakan bukti tidak bermakna tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan perkara itu. “Sesiapa saja boleh datang […]