80 keluarga asnaf disantuni SAY Kuala Selangor

TANJONG KARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor turut bergerak aktif menyantuni golongan yang memerlukan. Antara aktiviti terkini mereka ialah pada 6 Ogos apabila 80 keluarga warga emas, ibu tunggal dan mereka yang kurang berkemampuan menerima sumbangan makanan bermasak. Diketuai Asmah Husin, mereka yang disantuni adalah penduduk di Parit 1 hingga Parit […]

Wang tunai dan Al Quran untuk Pondok Fauzi

SUNGAI YAN – “Terima kasih YADIM, tempoh hari sudah beri, hari ini datang beri lagi, syukur Alhamdulillah atas sumbangan,”. Demikian reaksi Pengetua Sekolah Menengah Agama Fauzi, Ahmad Shazali Ahmad Fauzi ketika menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke sekolah berkenaan. Kunjungan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh itu bertujuan […]

Sumbangan untuk mangsa kebakaran di Kampung Seri Pandan

PUTATAN – Satu kejadian kebakaran pada 21 April mengakibatkan tiga buah kediaman di Kampung Seri Pandan di sini musnah dan  para penghuninya kehilangan tempat tinggal. Kejadian itu juga menyebabkan 10 buah rumah terputus bekalan elektrik . Prihatin dengan kejadian itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 22 April telah tampil menghulurkan sedikit bantuan. Pengarah […]

YADIM Sarawak bantu mangsa kebakaran Flat Taman Suria Jaya

MATANG – Sebanyak 14 unit kediaman di Flat Taman Suria Jaya di sini terbakar pada awal pagi hari ini (10 Februari). Seramai lima penghuni cedera dalam kejadian berkenaan, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Prihatin dengan nasib penghuninya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak segera tampil menghulurkan bantuan kepada mereka. Walaupun 13 daripada 14 pemilik kediaman […]

YADIM sampaikan sumbangan kepada peneroka mangsa kebakaran di Jengka 8

JERANTUT – Sudah jatuh ditimpa tangga, sudah kering terjemur pula. Demikian nasib seorang peneroka, Shaari Ahmad dari Felda Jengka 8 di sini. Warga emas ini merupakan mangsa banjir yang melanda Pahang baru baru ini, dan kini kediamannya hangus terbakar musnah sama sekali. Dia dan keluarganya kini tinggal sehelai sepinggang ekoran kejadian itu. Mujur dalam kejadian […]

Ziarah prihatin kepada MITS Banting

BANTING – Prihatin dengan musibah kebakaran yang berlaku kepada Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan ziarah prihatin kepada maahad berkenaan pada 7 Ogos. Kunjungan ini turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Brhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri serta wakil wakil dari agensi […]

Sumbangan kepada Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama, Cuci Cuci Masjid Fadzullah

BOTA – Pada 30 Julai lalu, tiga blok bangunan Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama di Kampung Lambor Kanan, di sini mengalami kerosakan teruk akibat terbakar dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 12.50 malam. Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian ini mengakibatkan kerugian dan kemusnahan yang bukan sedikit kepada pusat tahfiz berkenaan. Prihatin dengan nasib mereka, […]

MAIWP salur bantuan kecemasan RM2,000 kepada mangsa kebakaran

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kecemasan sebanyak RM2,000, kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Taman Batu Muda, di sini. Pengerusinya Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee berkata, Kit Musibah yang mengandungi barangan keperluan diri seperti barangan mandi, pakaian dan telekung, serta bantuan makanan turut disalurkan kepada keluarga […]

Ziarah Prihatin YADIM Perlis

ARAU – Seramai 50 individu dari kalangan asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19 di santuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis dalam program Ziarah Prihatin yang diadakan pada 23 Jun. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin mewakili YADIM dalam program ini, menyerahkan sumbangan beras dan barangan keperluan harian […]

Ziarah mangsa kebakaran Kampung Kota Kubang Labu

TUMPAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 Jun telah menziarahi sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Kota Kubang Labu di sini. Dalam kejadian pada jam 4 pagi 2 Jun itu, Zainab Abd Rahman maut apabila cuba menyelamatkan cucunya yang disangka masih terperangkap dalam rumah yang marak terbakar. Seorang anak Zainab […]