Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Rosob

PITAS – Satu kejadian kebakaran pada 29 April lalu di Kampung Rosob di sini, mengakibatkan 28 mangsa dari tujuh buah keluarga kehilangan tempat tinggal. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Yayasan Taqwa (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) telah tampil menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa pada 8 Mei. Pada majlis […]

Mangsa kebakaran 5 rumah di Baling terima sumbangan YADIM Kedah

BALING – Mangsa kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di Kampung Lalang, di sini Disember lalu telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah baru baru ini. Dalam kunjungan pada 27 Februari itu, Pemangku Pengarah YADIM Kedah, Mohd Afifi Ruslan bersama kakitangannya, telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti gula, minyak masak,teh,biskut, dan lain lain. […]

YADIM Sabah santuni mangsa kebakaran hilang seluruh keluarga

TENOM – Tiada kata dapat mengungkapkan perasaan sedih ditanggung seorang bapa yang kehilangan seluruh ahli keluarganya akibat musibah kebakaran. Sudirman Hajar dari Kampung Menara Pamilaan, di sini kehilangan isteri, Khatijah Omar, serta tiga anaknya, Muhammad Asy Syakirin, Muhammad Zaid Hamidin, dan Lai Shafura dalam satu kebakaran yang juga memusnahkan kediaman mereka sepenuhnya pada awal pagi […]

Ziarah mangsa kebakaran di Bunut Susu.

PASIR MAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib golongan kurang bernasib baik di negeri ini, terutamanya yang ditimpa musibah. Bertempat di Kampung Paya Ular, Bechah Semak, Tendong di sini, sebuah keluarga yang kehilangan tempat berteduh mereka akibat kebakaran telah disantuni YADIM Kelantan pada 14 Januari. Sebagai membantu meringankan beban, keluarga […]

Wanita Islam sedia makanan untuk anggota bomba padam kebakaran di Australia

PETALING JAYA – Sekumpulan penganut Islam mengembara ke sebuah bandar yang mengalami kebakaran di Australia dan menyediakan makanan kepada anggota bomba yang memadamkan kebakaran. Kumpulan Newport Islamic Society dilaporkan memasak makanan untuk anggota bomba dari Pasukan Bomba Sukarela Johnsonville yang memadamkan kebakaran di Gippsland timur pada hujung minggu lalu. “Sangat beremosi melihat betapa mereka penat […]

Mangsa kebakaran Kampung Laut terima sumbangan YADIM Kelantan

TUMPAT – Enam keluarga yang menjadi mangsa kejadian kebakaran di Kampung Laut di sini pada 8 November lalu menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini. Sumbangan berjumlah RM3,000 itu disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Ab Halim dalam kunjungannya ke tapak kejadian di sini. Zaidi dan kakitangan YADIM Kelantan turut beramah […]

YADIM santuni mangsa kebakaran Tahfiz Jabal Nur

SEMELING – Pada kira kira jam 4.40 pagi, 15 Ogos lepas, Pusat Tahfiz Jabal Nur di sini ditimpa musibah apabila telah berlaku kebakaran yang menyebabkan asrama perempuannya hampir musnah sama sekali. Antara yang gagal diselamatkan termasuklah bangunan asrama berkenaan serta perabot dan 40 set katil. Kebakaran premis turut menjejaskan ruang belajar pelajar dan bilik rehat. […]

Kediaman terbakar pagi Aidiladha, keluarga ibu tunggal dapat perhatian SAR Kuala Langat

SIJANGKANG – Kehilangan kediaman di kala orang ramai sedang menyambut AidilAdha sememangnya memeritkan, namun itulah yang dihadapi oleh Siti Sarah Yusuk, apabila sebahagian rumahnya musnah dalam satu kebakaran pada pagi 11 Ogos lalu. Prihatin dengan nasib yang menimpa ibu tunggal berkenaan, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkunjung dan […]

Mangsa kebakaran Kampung Sungai Gulang Gulang disantuni SAR Kuala Selangor

TANJONG KARANG – Prihatin dengan musibah dan kesulitan dihadapi sebuah keluarga di sini akibat kehilangan kediaman dalam satu kejadian kebakaran, Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Selangor bertindak pantas menghulurkan sumbangan mereka. Sumbangan berbentuk wang tunai itu disampaikan oleh Ketua SAR Kuala Sekangor, Asma Husin kepada anak pasangan Suhaili Zahar dan Siti Ruminah Samai, Nurul Najwa […]

Kerajaan akan bantu pusat tahfiz berisiko

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membantu lebih 400 pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara yang terdedah kepada risiko kebakaran menerusi peruntukan RM50 juta seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mengenal pasti pusat tahfiz berisiko berkenaan. […]