Program Back to School YADIM di Perak

BATU KURAU – Selepas Kuala Langat, Selangor dan Gambang, Pahang, program menyantuni golongan memerlukan sempena pembukaan sekolah, Back To School YADIM diadakan pula di sini. Bertempat di Sekolah Kebangsaan  Kampung Perak, sebanyak 50 beg sekolah diagihkan bagi menyantuni pelajar yang memerlukan di sini. Turut disampaikan ialah 10 set penjagaan kebersihan kepada pengawal bertugas di pondok […]

YADIM santuni maahad tahfiz terbakar di Banting

BANTING – Selepas Maahad Tahfiz Quran Masjid Lama di Bota Perak, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan usaha membantu satu lagi maahad tahfiz di sini yang mengalami musibah kebakaran baru baru ini. Menerusi Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM)nya, YADIM pada 6 Ogos akan melaksanakan program ziarah prihatin ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) di sini […]

Ziarah Sinar Syawal untuk mangsa ribut

KEBUN BHARU – Pada 1 Ramadhan lalu, ketika umat Islam sedang melakukan persiapan untuk berbuka puasa, satu kejadian ribut telah menimpa penduduk di kampung ini. Kejadian tersebut mengakibatkan pelbagai kerosakan berlaku ke atas kediaman dan beberapa premis perniagaan di kampung ini. Ia akhirnya mengakibatkan kerugian besar dan memberi kesan kepada penduduk, lebih lebih lagi ketika […]

21 keluarga asnaf disantuni YADIM

LUMUT – Sebanyak 21 keluarga asnaf disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak dalam program Multaqa Ummah di sini pada 29 Februari lalu. Mereka yang disantuni terdiri daripada keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang memerlukan serta penduduk di sekitar Pulau Pangkor Perak. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), […]

Ziarah rahmah dan santuni pesakit Klinik Kesihatan Meru

MERU – Bertempat di Klinik Kesihatan Meru pada 17 Disember, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program menyantuni para pesakit pusat kesihatan tersebut. Ia diadakan dengan kerjasama Ahli Panel Kesihatan Klinik Meru dan badan bukan kerajaan Penggerak Masyarakat. Program ini bertujuan memasyarakatkan YADIM dengan penduduk kawasan ini tanpa mengira […]

Masyarakat tanpa mengira kaum perlu jaga alam sekitar

PELABUHAN KLANG – Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama perlu bersama-sama berganding bahu menjaga dan membersihkan alam sekitar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata, semua agama yang dianuti rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menerapkan prinsip-prinsip menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar. “Islam mengajar supaya menjaga kebersihan […]

Program Yadim Peduli, Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah ke Sabah

KOTA KINABALU – Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini telah melaksanakan program kembara YADIM Peduli , Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah selama dua hari ke bumi Sabah. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk menyantuni golongan sasar yang telah dikenalpasti. Hari pertama pada 1 Ogos dimulakan dengan program gotong royong […]