Home » Citra Yadim » Program Back to School YADIM di Perak

Program Back to School YADIM di Perak

BATU KURAU – Selepas Kuala Langat, Selangor dan Gambang, Pahang, program menyantuni golongan memerlukan sempena pembukaan sekolah, Back To School YADIM diadakan pula di sini.

Bertempat di Sekolah Kebangsaan  Kampung Perak, sebanyak 50 beg sekolah diagihkan bagi menyantuni pelajar yang memerlukan di sini.

Turut disampaikan ialah 10 set penjagaan kebersihan kepada pengawal bertugas di pondok keselamatan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Azhar Yahya.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kampung Perak, Mohd Juhari Harun, Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Muhammad Muzzammil Musbah dan Koordinator Sukarelawan YADIM Batu Kurau, Kamariah Baharom.

Sumbangan beg sekolah di sini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyampaikan 1,000 beg sekolah kepada pelajar yang memerlukan.

Dalam pada itu, selesai program di Sekolah Kebangsaan Kampung Perak, Ustaz Azhar telah meluangkan masa melawat tapak pembinaan surau di Kampung Klian Chine, Batu Kurau meninjau perkembangan pembangunannya.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *