Bulan Dakwah 2.0:  Musa’adah Covid-19 sekitar Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Sempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni komuniti beberapa kampung di sekitar daerah ini. Menerusi program YADIM Peduli – Musa’adah Covid-19, 30 keluarga yang memerlukan di Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Meriam, Kampung Sungai Meriam dan Taman Sidam menerima sumbangan barangan keperluan harian pada 16 Oktober. Dalam […]

Musa’adah Covid-19: Ziarah ke kediaman Ali XPDC

RANTAU PANJANG – Ziarah ke kediaman Ali XPDC di sini melengkapkan ziarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Musa’adah Covid-19 bersama Kelab Bank Islam pada 9 Oktober. Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh disambut Ali sendiri bersama Sukarelawan YADIM Kapar diketuai pengerusinya, Alifah Nasiran. Bak keluarga sendiri, kakitangan YADIM dan […]

Ini sebahagian hidup….

SETAPAK – “Kita bukan nak jadi seperti ini, tapi ini sebahagian daripada hidup. “Siapa yang mahu begini…., “Saya memang kerja buat lagu, jadi susah kalau hendak tukar karier,” ujar artis yang cukup popular dahulu, To’ki ketika ditemui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di kediamannya di sini. To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur disantuni dalam program […]

Tak mahu selamanya menjadi asnaf

BUKIT BERUNTUNG – Nama Dinie Juri tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Terkenal sebagai penulis lirik, pelakon, kartunis dan sebagainya, Dinie Juri pernah gah satu ketika dahulu. Namun sebagai anak seni dan dirinya yang kini warga emas, beliau juga terkesan dengan penularan Covid-19. Malah, akibat diserang penyakit mata sebelum ini, memburukkan lagi keadaan […]

Musa’adah Covid-19 3.0 bersama Kastam Perlis

KANGAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis turut berperanan aktif menyantuni petugas barisan hadapan di negeri ini. Bersama Rakan Siswa YADIM Perlis pada 5 Oktober, mereka telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 20 keluarga kakitangan Kastam Perlis yang terkesan dengan penularan Covid-19 di sini. Mereka antaranya ialah keluarga Kastam yang dikuarantin akibat wabak […]

Musaadah YADIM dan Bank Islam kepada pesakit kronik dan hilang upaya

PADANG TERAP – Golongan kurang upaya dan pesakit kronik yang memerlukan terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Prihatin dengan nasib yang menimpa mereka, YADIM Kedah dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad BIMB, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Padang Terap telah menyantuni golongan ini pada […]

YADIM Kedah, rakan NGO santuni Pondok Islahiah Sungai Karangan

KULIM – Warga institusi pondok sentiasa dekat dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Prihatin dengan kebajikan mereka, YADIM Kedah bersama rakan strategik, badan bukan kerajaan An Nasr Care, Sahabat Amal Care dan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah tampil mengadakan program Musaadah di Pondok Islahiah Sungai Karangan, di sini pada 25 September. Sebanyak 25 kotak […]

100 kit Musa’adah untuk veteran ATM

BUTTERWORTH – Jasa anggota tentera berjuang demi negara sememangnya tidak terbalas. Justeru bagi menghargai sumbangan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 16 September telah bekerjasama dengan Persatuan Veteran Tidak Berpencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pulau Pinang mengadakan program YADIM Peduli. Ia juga diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Kemenangan YADIM dan Hari Malaysia […]

8 keluarga di Felda Chini, Paloh Hinai dan Felda Lepar Hilir terima sumbangan YADIM Pahang

CHINI – Terjejas pendapatan kerana tidak dapat kerja lebih masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, sedang gaji asas tidak mencukupi. Ada pula suami yang bekerja sendiri dan kekurangan dana untuk mengubati anak yang mengidap sakit buah pinggang…. Banyak lagi aduan pemohon sumbangan yang tidak dapat untuk dikongsikan semuanya… Itulah antara keluhan dan luahan para pemohon sumbangan […]

Ziarah YADIM Johor ke Kampung Baru Air Tawar, Endau

MERSING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 11 Ogos telah melakukan program ziarah ke Kampung Baru Air Tawar di sini untuk menyantuni mereka yang memerlukan. Ia diadakan dengan kerjasamaJawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) dan Masjid Kampung Baru Air Tawar. Seramai 20 keluarga telah disantuni oleh YADIM dan pihak masjid dalam program ini. Keluarga […]