Cadangan penubuhan Tabung Dakwah Orang Asli

PUTRAJAYA – Sebuah tabung dana dakwah dicadangkan ditubuhkan bagi membiayai usaha dakwah untuk masyarakat Orang Asli di negara ini. Ia merupakan antara hasil resolusi dalam Persidangan Meja Bulat Dakwah Orang Asli 2019 di sini pada 26 September. Dengan adanya tabung berkenaan nanti, diharapkan program pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli dapat dilaksanakan dengan […]

Menteri bersama YADIM rasai pengalaman dakwah Orang Asli Royal Belum

ROYAL BELUM – Berdakwah kepada masyarakat Orang Asli memerlukan bukan saja kesabaran, malah ketahanan diri yang tinggi. Namun mengambil semangat sebagai pendakwah sebenar, pada 21 September lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak dan Bahagian Pembangunan Daie YADIM telah turun padang meredah hutan dan tasik untuk melaksanakan program YADIM Peduli Ziarah Rahmah di empat perkampungan […]

YB Menteri, YADIM santuni masyarakat Orang Asli di Royal Belum

ROYAL BELUM – Seramai 200 orang Asli di empat kawasan perkampungan Orang Asli di sini bakal menerima manfaat menerusi program YADIM Peduli: Ziarah Rahmah yang akan diadakan selama dua hari bermula 21 September. Program ini juga bakal menerima sentuhan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf yang turut turun padang […]

Simpulan Kasih Orang Asli Langkap Dangi

JOHOL – Bertempat di Kampung Langkap Dangi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan berkampung selama tiga hari di sini bermula 8 September lalu menerusi program Simpulan Kasih Orang Asli. Program ini yang bertujuan mendekati penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan, merupakan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, YADIM, Jabatan Kemajuan Islam […]

#QuranHour@OrangAsliGombak

GOMBAK – Usaha untuk memberi kesedaran bagi mendalami Al Quran perlu konsisten dilaksanakan bagi memastikan kandungan  kitab suci itu sentiasa dihayati dan diamalkan. Justeru, bersempena dengan penganjuran Malaysia #QuranHour, Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan YADIM Selangor pada 30 Ogos telah bekerjasama menganjurkan program #QuranHour@OrangAsliGombak di Bukit Kala di sini. Menerusi […]

Peduli Remaja Orang Asli Perak bersama YADIM

SUNGAI SIPUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak terus komited menyantuni saudara saudara Orang Asli di negeri ini. Terbaharu, satu program motivasi pelajar orang Asli telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah di sini pada 24 Ogos. Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Latihan Dakwah Orang Asli Perak ini mempunyai […]

Ziarah rahmah ke perkampungan Orang Asli di Gerik.

SUNGAI TEKAM – Sebagai salah satu usaha memasyarakatkan badan dakwah dengan komuniti Orang Asli, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 Ogos lalu telah menganjurkan ‘Program YADIM Peduli, Ziarah Rahmah’ kepada komuniti tersebut di sini. Program selama dua hari itu, selain mendekatkan YADIM dengan komuniti berkenaan, turut berhasrat menyebarluaskan penghayatan rahmah dalam hubungan sesama manusia […]

Tiada penularan jangkitan campak di tiga negeri 

KUALA LUMPUR – Tiada penularan jangkitan campak membabitkan perkampungan orang Asli lain dilaporkan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, setakat semalam (21 Jun). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kes campak dilaporkan kekal 47 yang sudah disahkan melalui ujian makmal. Beliau berkata, hingga semalam (21 Jun), sebanyak 48 kes masih dirawat di hospital akibat […]

Khutbah Aidilfitri dalam bahasa Temiar di masjid Gua Musang

GUA MUSANG – Lebih 500 masyarakat Orang Asli yang beragama Islam akan mengikuti khutbah dalam bahasa suku kaum Temiar di Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop pada solat sunat Aidilfitri nanti. Khutbah dalam bahasa Temiar itu akan dibaca sendiri Imam Arif Rami supaya dapat difahami dan ahli jemaah mendalami lagi agama itu khususnya dalam kehidupan harian mereka. […]