Home » Langit Terbuka » 40 lagi surau di Wilayah Persekutuan dibenar solat Jumaat

40 lagi surau di Wilayah Persekutuan dibenar solat Jumaat

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataaan memaklumkan, sehingga kini, sebanyak 111 buah surau diberikan kebenaran sementara untuk menunaikan solat Jumaat. - Foto Malakat Tribune

BANGI – 40 lagi surau di Wilayah Persekutuan diberikan kebenaran sementara untuk menunaikan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Antara 40 surau yang dibenarkan ialah Surau Al-Huda (Taman Intan Baiduri), Surau Al-Falah (SMKA KL), Surau Al-Hijriah (PPR Sri Aman), Surau Ibrahimiah (Kg Batu Muda), Surau PERKIM dan Surau Al-Amin.

Turut dibenarkan, Surau Al-Ehsaniah, Madrasah Nazariah, Madrasah Nurul Muttaqin, Surau As-Sakinan (PPR Gombak Setia), Surau Al-Sakinah (IPK Kuala Lumpur), Madrasah Taman Maluri dan Surau Menara MIDF.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataaan memaklumkan, sehingga hari ini sebanyak 111 buah surau diberikan kebenaran sementara untuk menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, kebenaran itu tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bagi membolehkan lebih ramai umat Islam berpeluang menunaikan solat Jumaat ketika PKPB.

Orang ramai yang ingin menyemak senarai semua surau yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dalam tempoh PKPB boleh melayari https://info.massajid.my.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *