Musaádah 3.0: RM20,000 daripada YADIM untuk ejen dakwah pelajar
PUTRAJAYA – Seramai 400 ejen dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerima bantuan berbentuk dana untuk data internet bagi kegunaan mereka ketika ini. Dengan terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan, ramai keluarga yang terkesan punca pendapatan mereka, sekaligus turut mengakibatkan para pelajar yang kini banyak menggunakan medium dalam talian untuk pengajian mereka terjejas sama. Prihatin dengan keadaan […]
Pelancaran Rakan Siswa YADIM Kolej Profesional Mara Bandar Melaka
MELAKA – Selepas perancangan teliti diatur, Alhamdulillah Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) Kolej Profesional Mara Bandar Melaka akhirnya berjaya dilancarkan pada 6 Mei. Pelancaran ini sangat bermakna kerana Kolej Profesional Mara Bandar Melaka (KPMBM) disifatkan perintis kepada usaha membina kerjasama penubuhan sayap dakwah YADIM iaitu RSY di peringkat institut pengajian tinggi milik MARA. […]
Kongsi Rezeki : Agihan untuk warga UNIMAS
SAMARAHAN – Bersempena dengan Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), YADIM Sarawak pada 6 Mei telah mengadakan program agihan bubur lambuk kepada warga Universiti Malaysia Sarawak. Bermula jam 10 pagi, peserta yang terlibat telah bergotong royong menyedia dan memasak juadah tersebut. Agihan bermula sekitar jam 2.45 petang dengan penyerahan bubur lambok kepada […]
RSY Hidupkan Ramadan Pulau Pinang.
KUBANG SEMANG – Selepas Melaka, Pulau Pinang menjadi lokasi seterusnya program Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) Hidupkan Ramadan. Seramai 50 ahli RSY terlibat dalam program ini yang diadakan di Masjid Jamek Kubang Semang di sini pada 1 Mei. Antara pengisian program termasuklah kuliah dhuha, tahsin ibadah, tadarus berkelompok dan ziarah asnaf kepada 30 […]
Perasmian RSY Hidupkan Ramadan di Melaka
AYER KEROH- Perasmian penutup Program Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) Hidupkan Ramadan peringkat Negeri Melaka berlangsung di Masjid Sayyidina Ali di sini pada 25 April. Ia dirasmikan oleh Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim. Perkongsian ilmu berkaitan Ramadan turut beliau selitkan sewaktu merasmikan majlis tersebut. Turut hadir dalam program ini ialah Penolong Pengarah […]
RSY Hidupkan Ramadan di Melaka
AYER KEROH – Rakan Siswa YADIM (RSY), selaku cabang mahasiswa gerak kerja badan dakwah ini tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti mereka. Pada 24 April, menerusi program RSY Hidupkan Ramadan, pelbagai aktiviti diatur mereka di negeri ini. Seramai 31 ahli RSY Melaka terlibat seawal pagi bagi persiapan program dua hari ini. Selesai solat dhuha dan […]
Kongsi Rezeki RSY bersama 16 keluarga asnaf
NILAI – Rakan Siswa YADIM (RSY) telah menyertai rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan menyantuni sebanyak 16 keluarga asnaf di sekitar kawasan ini. Bersama Skuad Al-Baasith Negeri Sembilan, MyFundAction, RSY dan YADIM Negeri Sembilan telah menyumbang barangan keperluan asas bertujuan meringankan beban keluarga yang disantuni. Hadir sama ialah Pengerusi Surau Al Ikhlas Nilai Perdana, Tuan Haji […]
Kursus Pembangunan Kompentensi Pendakwah RSY – MRM
PUTRAJAYA – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Rakan Siswa YADIM (RSY) telah menjayakan Kursus Pembangunan Kompentensi Pendakwah RSY Siri-1 pada 5 Disember. Program kerjasama antara YADIM dan Multiracial Reverted Muslim (MRM) telah dilaksanakan secara atas talian, bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sesi dimulakan dengan perkongsian daripada wakil MRM […]
Program Musa’adah COVID19 RSY Sarawak dan Pulau Pinang
KUCHING – Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) pada 19 Julai lalu telah melaksanakan program Musa’adah Covid-19 bagi membantu ahli ahlinya yang terkesan dengan musibah Covid-19 di dua negeri secara serentak iaitu di Sarawak dan Pulau Pinang. Di Sarawak, dua lokasi program telah dipilih iaitu di bandar raya ini serta Samarahan melibatkan sumbangan kepada […]
Musa’adah RSY B40 di Kedah
BUKIT BESAR – Negeri Kedah merupakan lokasi terkini programMusa’adah RSY B40. Seramai 15 ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) dari kalangan B40 disantuni dalam program pada 18 Julai itu. Program ini bertujuan membantu meringankan beban ahli RSY di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19. Antara kawasan yang terlibat adalah Bukit Besar, Guar […]