Home » Citra Yadim » Kursus Pembangunan Kompentensi Pendakwah RSY – MRM

Kursus Pembangunan Kompentensi Pendakwah RSY – MRM

PUTRAJAYA – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  bersama Rakan Siswa YADIM (RSY) telah menjayakan Kursus Pembangunan Kompentensi Pendakwah RSY Siri-1 pada 5 Disember.

Program kerjasama antara YADIM dan Multiracial Reverted Muslim (MRM) telah dilaksanakan secara atas talian, bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sesi dimulakan dengan perkongsian daripada wakil MRM iaitu saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor dan Ustaz Izzudin Anuar.

Seramai 105 orang peserta dari kalangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Majlis Pimpinan Universiti (MPU) serta Majlis Pimpinan Politeknik (MPO) RSY menyertai kursus berkenaan.

Antara pengisian Kursus Siri 1 adalah berkaitan Da’ie Efektif, Dakwah Bil Qalam, Dakwah Bil Hal, Dakwah Bil Lisan dan Dakwah Bil Hikmah serta beberapa prospek dakwah yang lain.

Pengarah KEMUDA,  Syahrizal Mat memaklumkan, kursus yang bermatlamat bagi melahirkan pendakwah di kalangan ahli RSY yang kompeten ini akan dilaksanakan sebanyak 3 siri.

Program pada 5 dan 12 Disember akan datang adalah siri 1 yang menekankan pengenalan asas-asas dakwah. Bagi siri 2 dan 3 pula, program akan menjurus kepada pemantapan peserta di kalangan ahli RSY mengikut bidang-bidang dakwah secara khusus.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *