Yadim tidak lupakan banduan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) sentiasa mengekalkan peranan dalam menyampai dakwah kepada pelbagai peringkat golongan termasuk yang bermasalah bagi memberi manfaat kepada mereka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, golongan seperti banduan adalah wajar diberi ilmu keagamaan dan motivasi. “Ini kerana mereka adalah sebahagian yang […]

RM400 juta jaya Tabung Musa’adah Covid-19

PENGKALAN CHEPA – Kerajaan membelanjakan kira-kira RM400 juta untuk menjayakan Tabung Musa’adah Covid-19 bagi membantu meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak itu. Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, menerusi usaha tersebut banyak pihak mendapat faedahnya. Katanya setakat ini hampir RM400 juta dapat manfaat Musa’adah Covid-19 termasuk program […]

YADIM Pulau Pinang santuni asnaf Seberang Perai

SIMPANG AMPAT – Baru baru ini telah berlangsung program YADIM Peduli di kawasan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) negeri ini turun padang menyantuni golongan sasaran yang terkesan dengan musibah Covid-19. Seramai 100 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan. […]

Warga emas lumpuh disantuni YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terlantar dan amat sukar menguruskan diri akibat lumpuh separuh badan menyebabkan seorang warga emas di sini tinggal dalam keadaan amat menyedihkan. Kediamannya yang daif dan uzur menambah lagi derita Ismail Mahmud, 76 dari Kampung Langgar di sini yang bergantung harap pada ihsan orang lain […]

Ziarah mangsa kebakaran di Bunut Susu.

PASIR MAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib golongan kurang bernasib baik di negeri ini, terutamanya yang ditimpa musibah. Bertempat di Kampung Paya Ular, Bechah Semak, Tendong di sini, sebuah keluarga yang kehilangan tempat berteduh mereka akibat kebakaran telah disantuni YADIM Kelantan pada 14 Januari. Sebagai membantu meringankan beban, keluarga […]

Ziarah Rahmah Gelandangan di Chow Kit

KUALA LUMPUR – Usaha menyebarkan dakwah seharusnya dilaksanakan kepada semua, lebih lebih lagi golongan terpinggir dan bermasalah bagi mendekatkan mereka dengan rahmah Islam. Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah Persekutuan, sekali lagi bekerjasama dengan Syria Care bagi mendekati dan menyantuni golongan rentan di sekitar ibu kota pada 2 dan 3 November lalu. Seramai 95 […]

YADIM Perlis ziarahi golongan kurang bernasib baik

KANGAR – Seramai 50 orang daripada golongan kurang benasib baik disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis dalam program Ziarah Rahmah yang diadakan di sekitar bandar ini dan Sanglang pada 29 Oktober. Program dijayakan oleh YADIM Perlis dan Sukarelawan Al Rahmah ini, turut disertai oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin dan […]

YADIM Perak santuni penghuni Hospital Bahagia

ULU KINTA – Usaha menyantuni masyarakat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak disasarkan kepada golongan terpilih sahaja, sebaliknya kepada keseluruhan masyarakat, sesuai dengan konsep rahmah dan Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang menunjukkan Islam itu membawa rahmat kepada semua. Selari dengan konsep ini, bertempat di Hospital Bahagia di sini, YADIM Perak baru baru ini telah […]

Ziarah Rahmah Kampung Bumbok

PADAWAN – Seramai 80 orang komuniti Bidayuh di Kampung Bumbok di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, dalam satu program bersama mereka di sini hari ini (14 September). Program YADIM Peduli: Ziarah Rahmah di Kampung Bumbok itu bertujuan menyantuni dan meraikan penduduk di kawasan berkenaan, khususnya masyarakat Muslim dari kaum Bidayuh yang […]

Ziarah rahmah ke perkampungan Orang Asli di Gerik.

SUNGAI TEKAM – Sebagai salah satu usaha memasyarakatkan badan dakwah dengan komuniti Orang Asli, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 Ogos lalu telah menganjurkan ‘Program YADIM Peduli, Ziarah Rahmah’ kepada komuniti tersebut di sini. Program selama dua hari itu, selain mendekatkan YADIM dengan komuniti berkenaan, turut berhasrat menyebarluaskan penghayatan rahmah dalam hubungan sesama manusia […]