Pek makanan untuk warga memerlukan di Sijangkang

TELOK PANGLIMA GARANG – Setiap Jumaat, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat akan mengagihkan pek makanan kepada warga yang memerlukan di daerah ini. Terbaharu pada 14 Januari, inisiatif menyantuni rakyat ini dilaksanakan kepada penduduk di Kampung Medan dan Kebun Bharu di sini. Sebanyak lapan keluarga di Kampung Medan disantuni dalam inisiatif ini manakala sebanyak 15 lagi […]

Orang Asli mangsa banjir terima sumbangan SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – Komuniti Orang Asli di sini, juga ditimpa musibah banjir pada hujung tahun lalu yang turut menjejaskan kehidupan mereka. Sebagai sebuah badan yang cakna dengan situasi semasa, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 9 Januari menziarahi masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Judah di sini dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian, sedikit wang […]

“Andai kiranya pihak tuan dapat memberi sumbangan …”

PUTRAJAYA – Jam 9 malam tadi (5 Januari), seorang mangsa banjir di Bukit Changgang menghubungi YADIM menerusi Facebook kami. Dalam mesej ringkasnya, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Yan itu memberitahu, keseluruhan kawasan kediaman mereka ditenggelami air. Puan Yan memohon agar YADIM dapat hadir menghulurkan bantuan kepada penduduk kawasan berkenaan, khususnya ibu mengandung dan […]

Misi bantuan pasca banjir SAY Kuala Langat

BUKIT CHANGGANG – Melihat sendiri kemusnahan yang dialami penduduk di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang angkara banjir, mengundang rasa sebak dan simpati dikalangan ahli Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat yang menziarahi mereka pada 2 Januari. Jika dilihat dari kesan banjir, ia hampir menenggelamkan sesebuah rumah penduduk. Bukan sekadar ziarah, tetapi program  […]

25 asnaf terima sumbangan SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Alhamdulillah program agihan makanan terakhir Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat bagi tahun 2021 berjalan lancar pada 31 Disember. Program setiap Jumaat ini kali ini menyantuni 25 penduduk di Taman Pahlawan,Taman Desawira, Kampung Sijangkang dan Kebun Bharu di sini. Agihan yang diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin […]

300 pek makanan untuk mangsa banjir oleh SAY Kuala Langat

BUKIT CHANGGANG – Prihatin dengan kesulitan dihadapi mangsa banjir di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengambil inisiatif menyediakan makanan bermasak untuk mereka. Inisiatif Dapur Rakyat SAY Kuala Langat pada 28 Disember ini bermula dengan edaran 300 set makanan untuk 40 keluarga. Selain makanan, turut disumbangkan ialah toto, bantal dan selimut kepada […]

SAY Kuala Langat santuni mangsa banjir Labohan Dagang

LABOHAN DAGANG – “Tiada apa dapat diselamatkan,”. Sebaris ayat daripada mangsa banjir ini mengungkapkan betapa dahsyat bencana yang melanda kawasan ini. Berusaha membantu, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat turun padang membantu dengan menghulurkan sedikit sumbangan. Tidaklah seberapa nilai sumbangan berkenaan, pasti tidak dapat dbanding dengan kerugian yang ditanggung mangsa mangsa, namun Alhamdulillah, […]

Bantuan banjir SAY Kuala Langat di Sijangkang

SIJANGKANG – Konsisten bergerak menyantuni masyarakat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 20 Disember meneruskan misi menyantuni mangsa banjir di sini. Meskipun banjir semakin surut, masih terdapat penduduk yang kediaman mereka masih dinaiki air. Mereka inilah yang disantuni SAY Kuala Langat. Seramai 15 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian. Selain di Sijangkang, […]

Misi bantuan banjir SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus cakna dengan keperluan dan situasi memerlukan masyarakat. Prihatin dengan bencana banjir yang melanda kawasan ini, SAY Kuala Langat pada 18 Disember menyampaikan bantuan kepada 20 penduduk di Kebun Bharu, Sijangkang dan Kampung Medan yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara. Mereka yang […]

SAY Kuala Langat santuni 4 keluarga di Kebun Bharu

SUKARELAWAN Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga yang memerlukan di Kampung Kebun Bharu pada 12 Disember. Diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin, pasukan ini saban minggu aktif menyantuni masyarakat di daerah ini. SAY Kuala Langat juga mengalu alukan orang ramai yang ingin bekerjasama dengan mereka dalam pelbagai program bersama masyarakat.