Kelantan benar solat Aidiladha

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan solat sunat Aidiladha, namun perlu mengikut kapasiti masjid mahupun surau di negeri ini setelah mengambil kira penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara jemaah. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, perkenan […]

COVID-19: PM mahu imam, ketua kampung main peranan

KUALA LUMPUR – Ketua kampung, imam dan pemimpin komuniti perlu memainkan peranan menjaga komuniti masing-masing dalam membendung penularan COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peranan yang boleh dimainkan ialah membuat lawatan atau rondaan ke tempat yang sering dikunjungi penduduk kampung masing-masing. “Sama ada kedai kopi, restoran, pasar pagi atau kedai menjual barangan keperluan […]

Hukuman transgender ikut SOP,tiada diskriminasi

KUALA TERENGGANU – Tindakan yang diambil ke atas golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) akan dibuat berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan undang-undang dengan mengambil kira kesan aktiviti songsang mereka kepada masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jika aktiviti mereka memberi kesan buruk kepada […]

Boleh pasang khemah di masjid, surau untuk solat

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan pemasangan khemah di pekarangan masjid dan surau bagi tujuan jemaah mendirikan solat, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, bagaimanapun kelonggaran itu hanya terhad dalam kawasan pagar masjid sahaja dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. “Bila kita benarkan kapasiti solat ikut saiz masjid dan […]

Masjid, jemaah solat Jumaat patuh SOP

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan membenarkan lebih ramai jemaah melaksanakan solat Jumaat berjalan lancar, apabila lebih 2,500 masjid dan hampir 300,000 jemaah yang dipantau semalam, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau pematuhan SOP solat Jumaat di 2,507 masjid seluruh negara, membabitkan […]

Syarat ketat jemaah haji

Riyadh – Arab Saudi mengeluarkan garis panduan penjagaan dan keselamatan untuk mengekang penularan Covid-19 pada musim haji tahun ini. Garis panduan terbaharu itu juga mengarahkan jemaah tidak dibenarkan untuk menyentuh Kaabah dan perlu memakai pelitup muka sepanjang menjalani ibadat itu. Menerusi garis panduan yang dikeluarkan pada Isnin oleh Kementerian Kesihatan negara berkenaan, pihak berkuasa juga […]

Sultan Perak perkenan solat Jumaat di surau seluruh Perak

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan solat Jumaat di Perak turut dibenarkan untuk dilaksana di semua surau yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), bermula Jumaat ini (10 Julai) susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Pegawai Eksekitif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, berkata titah perkenan itu adalah […]

Tadika Islam Maiwp beri yuran percuma

KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR: Pelajar tadika Islam di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kurang berkemampuan akan menikmati yuran pengajian percuma. Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata inisiatif itu akan dinikmati pelajar daripada keluarga golongan asnaf dan B40 di Wilayah Persekutuan. “Sebelum ini golongan asnaf dan B40 masing-masing dikenakan yuran […]

Kuliah, solat Dhuha dibenarkan minggu ini

PUTRAJAYA – Aktiviti keagamaan seperti kuliah dan solat Dhuha serta kelas mengaji dan fardu ain kini dibenarkan di masjid dan surau bermula minggu ini. Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti keagamaan berkenaan dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi. “Kerajaan bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk […]

Semua surau, masjid di Selangor dibenarkan solat Jumaat, fardu

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan semua masjid dan surau yang diberi kebenaran menganjurkan solat Jumaat mendirikan solat itu berkuat kuasa 3 Julai ini. Semua masjid dan surau juga dibenarkan dibuka semula untuk solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, […]