Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk mangsa banjir Kampung Shukor

Sumbangan untuk mangsa banjir Kampung Shukor

DUNGUN  – Kampung Shukor yang terletak di pedalaman daerah ini merupakan antara Kawasan yang sering dilanda banjir saban tahun.

Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 7 Januari telah berkunjung ke Kawasan tersebut bagi menyampaikan sumbangan. Ia merupakan misi banjir ke 11 untuk YADIM Terengganu.

Di kawasan ini , mangsa banjir sebahagian besarnya tidak diletakkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).  Sebaliknya dipindahkan ke rumah-rumah besar milik penduduk kampung yang sukarela dijadikan PPS alternatif memandangkan PPS sebenar turut dinaiki air.

Sebanyak 9 PPS sedemikian diwujudkan yang kini menempatkan lebih 100 keluarga.

YADIM Terengganu bersama 3 sukarelawan berkunjung ke salah sebuah PPS di Kampung Shukor yang menempatkan 12 keluarga mangsa banjir .

Sumbangan 15 set kit banjir dan kain solat wanita untuk keluarga mangsa banjir diserahkan kepada mereka.

Turut disumbangkan ialah sebidang tikar untuk kemudahan solat di PPS berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *