Berjiwa besar maafkan pembunuh….

JOHOR BAHRU – Anak harapan keluarga maut akibat didera. Tidak tergambar kejutan dan kesedihan yang dialami. Pasti amat sukar menerima hakikat ini. Dan lebih sukar lagi memaafkan mereka yang mengakibatkan kematian anak kesayangan. Namun, memilih untuk berjiwa besar, bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang maut didera oleh rakan sekuliah, […]

Seniman jalanan, pesakit kronik terima sumbangan Bank Islam-YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Kerjasama menyantuni golongan yang memerlukan antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Kelab Bank Islam diteruskan lagi. Terbaharu inisiatif ini menyantuni seramai 12 seniman jalanan dan 20 pesakit kronik di sekitar bandaraya ini. Kesemuanya menerima tunai RM150 dan barangan keperluan harian bernilai RM100. Majlis ringkas serahan dihadiri oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar […]

Musaádah 3.0 Siri 4 Mersing YADIM Johor

MERSING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah melaksanakan program Musaadah Covid 3.0 di Kampung Penyabung, Endau pada 28 Ogos dan Kampung Belukar Juling, Endau pada 2 September 2021. Diadakan dengan kerjasama Masjid Kampungg Penyabung dan Masjid  Kampung Belukar Juling, program ini telah menyantuni seramai 40 keluarga yang dikenalpasti memerlukan. Keluarga yang disantuni ini […]

Ziarah YADIM Johor ke Kampung Baru Air Tawar, Endau

MERSING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 11 Ogos telah melakukan program ziarah ke Kampung Baru Air Tawar di sini untuk menyantuni mereka yang memerlukan. Ia diadakan dengan kerjasamaJawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) dan Masjid Kampung Baru Air Tawar. Seramai 20 keluarga telah disantuni oleh YADIM dan pihak masjid dalam program ini. Keluarga […]

Musaádah untuk pengawal keselamatan Plaza Angsana

JOHOR BAHRU – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan di bandaraya ini menyaksikan banyak premis perniagaan yang masih ditutup. Ia termasuklah di pusat membeli belah terkenal, Plaza Angsana. Akibatnya, para pengawal keselamatan di sini terkesan apabila tidak dapat keluar bekerja seperti biasa menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) […]

Misi Menyantuni Pemandu Teksi Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Dengan kerjasama rakan strategik seperti Ihsan Johor, Sahabat Selawat Nariyah dan Pusat Rawatan Islam Terapi Al Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 17 Julai menyantuni seramai 100 pemandu teksi di bandar raya ini. Tidak dinafikan pemandu teksi antara golongan yang paling terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Prihatin dengan situasi […]

Makan lempeng…

JOHOR BAHRU – “Ye bang, dah dapat saya baru siap nak masak sebab tak makan nasi dari semalam makan lempeng…. “Terima kasih banyak bang”. Demikian mesej diterima oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah selepas menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM. Selepas menghubungi TeleBantuan YADIM pada 5 Julai, YADIM Johor segera bertindak menyampaikan bantuan […]

Musaádah YADIM Johor di Segamat

SEGAMAT – Sebanyak 60 keluarga di Logah di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 1 Julai. Kebanyakan keluarga ini terjejas akibat penularan Covid-19 apabila dikuarantin selama dua minggu dan tidak dapat keluar bekerja. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah. Hadir sama ialah Ketua Kampung Logah, Tuan Haji Solehan […]

Musa’adah YADIM Johor di Endau

ENDAU – Seramai 16 keluarga di Kampung Semanyir di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 30 Jun dengan kerjasama Surau Al Arif. Menerusi kerjasama ini, mereka menerima barangan keperluan harian serta dua ekor ayam untuk setiap keluarga. Tiga daripada keluarga yang disantuni mempunyai ahli yang diserang angin ahmar. YADIM Johor diwakili pengarahnya, […]

Keluarga terputus bekalan makanan dibantu YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Sekitar jam 10 pagi pada 17 Jun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor mendapat maklumat mengenai sebuah keluarga yang terputus bekalan makanan di Jalan Permatang 7 di sini. Keluarga malang ini mempunyai 11 anak berusia 4 bulan hingga 20 tahun ditimpa musibah berkenaan selepas ketua keluarganya diberhentikan kerja baru baru ini ketika […]