Ihya Ramadhan dan Majlis Perjumpaan Bersama Sukarelawan YADIM Rompin

MUADZAM SHAH – Seramai 50 orang asnaf di sini yang memerlukan disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dalam satu majlis pada 30 Mac. Program Ihya Ramadhan dan Majlis Perjumpaan Bersama Sukarelawan YADIM Rompin ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari kawasan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini dalam bulan Ramadhan nanti. […]

Kunjungan ke Unit Pematuhan Syariah SASMEC

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 26 Mac telah melakukan kunjungan hormat ke Unit Pematuhan Syariah, Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC @IIUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini. Kunjungan YADIM yang diketuai Yang Dipertuanya, Ustaz Nasrudin Hassan itu bertujuan meninjau peluang kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak. Kedatangan YADIM […]

Is’adul Al Usrah Guru KAFA Jengka 11

JENGKA – Is’ad Al Usrah adalah satu inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM bagi membantu golongan yang memerlukan membaik pulih rumah. Terbaharu untuk negeri Pahang, ia dilaksanakan di Jengka 11 di sini, menyantuni seorang guru KAFA, Siti Khamsiah Ma’had. Sebanyak RM11,500 diperuntukkan bagi membina 3 bilik tambahan, kerja pemasangan atap serta baik pulih tandas dan […]

Sumbangan untuk Orang Asli Batu 14 Gambang

GAMBANG – Seramai 67 keluarga di Kampung Orang Asli Batu 14 di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 14 Mac. Meskipun hanya 15 keluarga daripada jumlah keseluruhan yang disantuni sudah memeluk Islam, namun program ini tetap dijalankan sesuai dengan hasrat gerak kerja badan dakwah ini yang menyantuni semua. Mereka menerima sumbangan kit […]

Is’ad Al Usrah atap rumah Allahyarham Ustaz Mohd Ariffin Abdullah

TEMERLOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Pahang) pada 11 Mac telah selesai membaiki atap kediaman seorang  pendakwah di sini. Kediaman itu merupakan rumah Allahyarham Ustaz Mohd Ariffin Abdullah, merupakan seorang guru agama dan pendakwah yang terkenal di negeri ini dan banyak berjasa dalam bidang dakwah. Pembaikan itu diuruskan oleh YADIM Pahang melalui kontraktor yang […]

Kunjung hormat kepada Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan

KUANTAN –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang pada 10 Mac telah mengunjungi Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi tujuan berkenalan dan membina hubungan. Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok dalam pertemuan ini telah berkongsi maklumat berkaitan organisasi dan peluang kerjasama bersama Ketua Unit Hal Ehwal Islam merangkap […]

Sedia anjur lebih banyak program dengan bukan Muslim

GAMBANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedia menganjurkan lebih banyak program dengan komuniti bukan Muslim di negara ini bagi menunjukkan toleransi Islam dan menjelaskan pelbagai salah faham mengenainya. Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan menjelaskan, ia bukan bermaksud mendesak orang ramai menerima Islam, sebaliknya bertujuan  membuktikan tohmahan Islam sebagai agama yang ekstrem […]

Dekat dan santuni golongan rentan di Kuantan

KUANTAN – Semoga sedikit sumbangan ini akan memperkukuh ukhuwah antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan para penerima. Demikian antara isi ucapan ringkas, namun penuh pengertian daripada Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan dalam majlis menyantuni golongan rentan di sini pada 26 Februari. Biarpun ada pelbagai pandangan dilemparkan, namun gerak kerja dakwah badan […]

YADIM Pahang santuni pemandu teksi dan kereta sewa Kuantan

KUANTAN – Pemandu teksi dan kereta sewa adalah antara kumpulan yang teruk terjejas dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Menyedari hakikat tersebut, pada 24 Februari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang tampil menyantuni anggota Persatuan Pemilik Permit dan Pemandu Teksi/ Kereta Sewa Daerah Kuantan di pejabat mereka berdekatan bangunan UTC dan Stadium Darul Makmur di […]

Sumbangan Telekung Dan Pakaian Kepada Orang Asli Kampung Sungai Mas

SUNGAI LEMBING – Sebagai usaha mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin dengan Orang Asli Kampung Sungai Mas, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pahang pada 8 Februari menyampaikan sumbangan telekung dan pakaian terpakai yang masih elok kepada penduduknya. Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil penduduk yang dikenali sebagai Pak Abu, yang banyak membantu program-program  YADIM di sana sebelum ini. […]