Home » Citra Yadim » Sedia anjur lebih banyak program dengan bukan Muslim

Sedia anjur lebih banyak program dengan bukan Muslim

GAMBANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedia menganjurkan lebih banyak program dengan komuniti bukan Muslim di negara ini bagi menunjukkan toleransi Islam dan menjelaskan pelbagai salah faham mengenainya.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan menjelaskan, ia bukan bermaksud mendesak orang ramai menerima Islam, sebaliknya bertujuan  membuktikan tohmahan Islam sebagai agama yang ekstrem adalah tidak benar.

“Sebelum ini pun kami telah pergi ke gereja, bertemu kumpulan Hindu Sanggam, adakan program bersama komuniti Tionghua dan sebagainya….kami bawa risalah Islam yang toleran dan sederhana,”.

“Disamping itu kami bawa bantuan untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan dan terjejas dengan Covid-19,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan YADIM Peduli di Dewan Sam Seng Kong di sini.

Menerusi program ini, sebanyak 50 set barangan keperluan harian disampaikan kepada komuniti Tionghua di sini.

Turut disumbangkan ialah beg sekolah dan alatan tulis bagi membantu persiapan menjelang pembukaan sekolah tidak lama lagi.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok, Setiausaha Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan Pahang, Azizi Goh Rabbani, Naib Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Gambang, Looi Ken Seng serta kakitangan badan dakwah ini.

Sementara itu, penyampaian sumbangan beg sekolah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif mengedarkan 1,000 beg sekolah kepada para pelajar yang memerlukan.

Terdahulu, penyampaian beg sekolah itu telah dilaksanakan di daerah Kuala Langat pada 25 Februari. Sebanyak 100 beg disampaikan kepada pelajar yang memerlukan di Sekolah Kebangsaan Bandar dan Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A).

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *