Program Jelajah Ramadan YADIM Perlis

PADANG BESAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis meneruskan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu mereka bergandingan dengan stesen radio Perlis FM, syarikat Adabi Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd dan Tenaga Nasioanal pada 3 Mei menganjurkan program Jelajah Ramadan di Dewan Kampung Titi Tinggi Hulu di sini. […]

Bicara Ramadan dan Sambutan Hari Ibu YADIM Perlis

ARAU – Bertempat di Masjid Negeri di bandar ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah menganjurkan program BicaraRamadan dan Sambutan Hari Ibu pada 2 Mei. Program telah disempurnakan olehExco Pembanguanan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Perlis, Yang Berhormat Siti Berenee Yahaya. Program dimulakan dengan dengan solat sunat Dhuha berjemaah sebelum Ceramah Ramadhan bertajuk  ‘Memburu Lailatul […]

Edaran bubur lambuk YADIM Perlis

JEJAWI – Pada Ramadan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis turut tidak ketinggalan dalam mengadakan program mengimarahkan bulan penuh berkah ini. Pada 30 April, bertempat Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)  Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, telah diadakan Program Seikhlas Ramadhan yang turut melibatkan Rakan Siswa YADIM. Antara pengisian program termasuklah memasak dan mengedar bubur lambuk […]

Program Seikhlas Ramadan dan Khatam Al Quran Parlimen Padang Besar

PADANG BESAR – Seramai 80 peserta menyertai Program Seikhlas Ramdan dan Khatam Alquran Parlimen Padang Besar yang diadakan di Kompleks Tarbiah Padang Besar pada 24 April. Program ini diadakan dengan kerjasama Dewan Muslimat Padang Besar. Hadir ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Chuping, Yang Berhormat Asmaiza Ahmad, wakil komuniti, Ustazah Amnah Abd Rahman […]

YADIM Peduli di Titi Tinggi

PADANG BESAR – Inisiatif YADIM Peduli di Perlis kali ini diadakan di sini pada 18 April oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis. Dengan kerjasama Masjid Al Azim,Rakan Siswa YADIM dan Sukarelawan YADIM, seramai 30 keluarga dari kalangan ibu tunggal, warga emas dan pesakit kronik di santuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. YADIM Perlis diwakili […]

Musa’adah Covid-19 DUN Tambun Tulang

ARAU – “Diharap program Musa’adah ini bukan sekadar pemberian material semata-mata, tetapi pada masa yang sama, mengeratkan hubungan antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan penerima dan komuniti setempat,”. Menerusi hubungan baik itu nanti, boleh kita adakan lebih banyak program dakwah di kawasan ini,”ujar Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam program Musa’adah Covid-19 DUN […]

YADIM Peduli dan Misi Prihatin MOF santuni tiga beradik OKU

ARAU – Usaha baik yang dijalankan dengan niat ikhlas, pasti akan disambut dan mendapat perhatian ramai. Inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni tiga beradik Orang Kelainan Upaya Penglihatan di sini sebelum ini, mendapat reaksi pelbagai pihak, yang tampil menghulurkan bantuan kepada mereka. Terbaharu, mendapat maklumat daripada program YADIM itu,  Kementerian Kewangan Malaysia menerusi program […]

YADIM Peduli di Behor Lateh dan Utan Aji

KUALA PERLIS – Hari kedua YADIM Peduli di negeri ini dimulakan dengan program di Kampung Behor Lateh di sini dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf di kawasan ini. Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Fathul Bahri Mat Jahya. Hadir sama ialah Ketua Pegawai eksekutif YADIM, Tuan Kamarul […]

Sumbangan barangan keperluan harian untuk 3 beradik buta

ARAU – Hidup tanpa nikmat penglihatan merupakan satu ujian yang cukup besar. Lebih besar lagi cabarannya kerana yang diuji itu ialah warga emas. Namun itulah yang dihadapi oleh tiga beradik di Kampung Titi Besi di sini. Mereka tinggal bertiga di sebuah rumah di sini, dalam keadaan yang cukup sukar dibayangkan oleh kita. Pun begitu, mereka […]

Sumbangan untuk peniaga Pengusaha Bas Sekolah Peniaga Pekan Nat Negeri Perlis

CHUPING – Selesai menyantuni nelayan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertemu pula dengan para pengusaha bas sekolah di negeri ini pada 27 Februari. Prihatin dengan nasib mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19, YADIM menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada mereka. Sebanyak 20 set barangan keperluan harian diserahkan kepada mereka dalam satu majlis ringkas di sini. […]