SAY Terengganu agih 1,000 pek bubur lambuk

MARANG – Seawal pagi pada 7 Mei, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Terengganu telah bergotong royong menyediakan dan memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk di sini. Seramai 25 SAY terlibat dalam penyediaan 1,000 pek bubur lambuk ini. Menariknya, bahan bahan ulam untuk bubur ini dicari dan dipetik sendiri oleh ahli SAY di hutan […]

Kasih Ramadan YADIM Terengganu di Felda Chalok Barat

SETIU – Memasuki 10 hari terakhir Ramadan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu terus giat memacu program program menyantuni rakyat. Terbaharu pada 2 Mei, mereka menganjurkan program Kasih Ramadan di Felda Chalok Barat di sini yang penuh dengan pelbagai aktiviti bermanfaat. Program bermula dengan sesi Master Chef: Kuih Raya Datang Lagi bersama Chef Farah dan […]

Majlis Iftar Bersama YDP YADIM di Darul Iman Training Centre

KEMAMAN – Lebih 40 warga Villa Mawaddah, sebuah rumah menempatkan kanak kanak kurang bernasib baik di sini diraikan dalam Majlis Iftar Bersama Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Darul Iman Training Centre (DITC) pada 30 April. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam ucapannya berkata, pihaknya akan sentiasa menghulurkan tangan membantu pihak pihak […]

Program Kasih Ramadan di Kuala Nerus

KUALA NERUS – Program Kasih Ramadanmerupakan sebuah program secara kerjasama yang bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan. Diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Belara di sini, ia disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Wanita Terengganu, Yang Berhormat Hajah Zuraida Md Noor. Selain YADIM, ia dianjurkan bersama oleh Urusetia Wanita Terengganu (USwa), Hal Ehwal Wanita Islam (HANIS) […]

Musaádah Juadah YADIM Terengganu di Dungun.

DUNGUN – Selepas Setiu dan Kuala Berang, daerah ini menjadi lokasi terbaharu program Musaádah Juadah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Kali ini sebanyak 60 keluarga dari daerah ini menerima sumbangan ayam golek sebagai juadah berbuka puasa daripada badan dakwah ini. Simbolik penyerahan diadakan di Balairaya Kampung Burung Baru di sini sebelum para peserta bergerak […]

Ayam Golek Untuk Asnaf Setiu

SETIU – Bekerjasama menyantuni golongan yang memerlukan di bulan Ramadan sememangnya memberi  manfaat untuk rakyat. Pada 19 April, seramai 20 keluarga di daerah ini menerima manfaat hasil muafakat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam program Musa’adah Juadah Ramadan. Mereka menerima sumbangan ayam golek untuk juadah berbuka puasa. Turun padang […]

Bicara Dakwah dan  Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM Terengganu

KUALA NERUS – Sekitar program Bicara Dakwah dan  Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) YADIM Terengganu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit pada 19 April. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah. Turut diadakan ialah Ceramah Bicara Dakwah […]

Program Tahsin Ibadah dan Pemantapan Sukarelawan YADIM Marang

MARANG – Seramai 30 anggota Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) telah menyertai program Pemantapan Sukarelawan YADIM Daerah Marang Terengganu yang diadakan di Kalang Warisan di sini. Objektif utama program ini adalah bagi mempromosi keanggotaan baru dari kalangan orang muda, menghidupkan budaya kerja berpasukan, memantapkan pengurusan organisasi pasukan serta sebagai platform pengisian program-program keilmuan kepada […]

Semarak Dakwah 2.0 Kuala Terengganu di Pasar Kedai Payang

KUALA TERENGGANU – Bertempat di perkarangan Pasar Kedai Payang di sini, telah berlangsung program Semarak Dakwah 2.0 Kuala Terengganu pada 14 Mac. Ia dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dengan kerjasama seramai 60 ahli Sukarelawan YADIM, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dan Urus Setia Belia Sukan Negeri […]

Musa’asah Covid-19 Pemandu Dan Pengusaha Van Sekolah Kemaman

KEMAMAN – Nasib pemandu dan pengusaha van sekolah di daerah ini yang terkesan secara langsung dengan penularan Covid-19 mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Seramai 32 ahli Persatuan Pemandu Dan Pengusaha Van Sekolah Daerah Kemaman menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Terengganu pada 8 Mac yang disampaikan oleh Pengarah Terengganu, Nasrul Hadi […]